BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator
Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

31 Jul 2011

20 perkara yg membuatkan perempuan BENCI dekat seorang lelaki!!!

yang ini bukan hanya utk korang baca je...
tapi utk penegetahuan umum utk semua lelaki....
hope korang yang lelaki-lelaki ni...
tolong la...be concern sikit dengan entry ni...
sebab korang ni kadang-kadang perangai macam sampah...
sorry la yak...ayat agak ganas...
 
1. MENINGGIKAN SUARA
Tau lah korang dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak payahla. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka 
mudah meninggikan suara walaupun si gadis tidak bersalah.
 
ni memang pantang aku lah kan....
kurang ajar la tu...
sesuka hati lu je nak sound tepek orang...
lau aku senang je..
maki balik then tinggalkan je orang HARAM macam tu...

2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. even dah ada awek, 
mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus 'ngap' la. 
tak peduli da perasaan awek dorang .
 
haah kan..
ingat muke dorang tu da habis handsome lah tu..
padahal pinjam je weyhh...
tua nanti kerepot jugakkk!!

3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa 
perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci 
mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
 
senang je...
kalau da selalu sangat BF korang buat macam ni...
lepas ni tiap kali DATE korang standby je garfu or sudu...
korek-korek biji mate die..
baru die tau langit tinggi ke rendahh!!

4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal, 
sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai 
pun kena repot dulu, kalau tak mulalah pertengkaran kerana hal sekecil itu. 
Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka 
disoal siasat oleh kekasih mereka… 
Macam mana tu?
 
haah...
tu namanya kurang ajar..
amboiiiii...kita je nak kena dengar cakap die...
die??HARAMM!!

5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. 
Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya 
lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak 
tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki 
mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah
 memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego 
tetapi biarlah kena pada tempatnya.
 
ape dorang ingat dorang je ade ego kot..
jum ramai-ramai pakat tunjukkan ego kita pulakk!!

 
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan 
alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan 
alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan 
padahal sebenarnya mereka taknak melaksanakan janji mereka sendiri. 
Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah 
wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka 
yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan 
suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan 
membuatkan 
semua gadis akan menjauhi anda.
 
ok....
sangat-sangat aku benci orang macam ni..
harap maklum...
siapa-siapa yang nak berkenalan dgn aku yang ade perangai taikk macam ni...
plss...
stay away from me!!

7. PERASAN
Aduhaiii… 
lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik, 
berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. 
Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. 
Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja 
tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang 
pada paras rupa, 
kalau dah terlebih-lebih perasan tuu… 
Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…
 
tolonglah weyhhhh......
handsome celah mana pun...
lastnye kena makan ditanah jugakk!!

8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. 
Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri 
tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan 
kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih… 
Egolah katakan!
 Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
 
woiii..
boleh blahh la macam tu...
orang lain pun pandai nak cakap jugak la..
macam kau sorang ade mulutt bhaaii!!

9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian 
tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan 
dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita,
 alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.
 kenape ek? 
Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam 
tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya 
kerana sifat semulajadi 
seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
 
orang macam ni senang je nak ajar...
ignoredkan...
off handphone...
kalau die still tak mencari jugak...
bye3 mann!!

10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal 
dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki 
yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot.
 Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. 
Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana 
seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya. 
Jangan cemburu buta sudahlah, 
malas jugak nak layan kadang-kadang!
 
cemburu tu ok...
tapi jangan sampai melampau-lampau..siap tuduh yang bukan-bukan lagi...
pada yang langsung tak cemburu ni pun 1 masalah...
susah lah nak cakap dgn orang yang tak ada perasaan ni..
kalau da tak ade perasaan yang korang pergi sebok nak ade GF pehal pulakk!!

11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’. 
Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan 
yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. 
Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, 
tapi kalau lelaki pula yang mata duitan… 
apa cerita ni?? 
Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
 
aku pernah dengar 1 cerita ni...
ade ke patot...sehari sebelum nak dating dgn GF die...
die suruh GF die bank-in duit dekat die...
so bile time dating tu..
die boleh berlagak seolah-olah anak orang kaya....
blaahh la weyy..duit GF ko la tu...

12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang 'workaholic' ni .
Mereka ni selalu sangat bagi banyak alasan kerja bila ajak keluar. 
Kalau keluar bersama, selalu cerita pasal kerja dan 
merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukan tak boleh
 lelaki mementingkan kerjaya tapi pandai-pandailah bahagikan masa 
bersama teman wanita. Paling koman pun, seminggu sekali luangkan masa 
menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja.
 Bukannya kaum wanita ni tidak memahami
 kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
 
baik pergi bercinta je dengan kerja korang tu...bawak je tilam bantal kat ofis...
senang cite...
 

13. PANAS BARAN
Adess… 
masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis 
apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit,
 mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula 
dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain. 
Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi, 
bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang 
carilah mereka yang sepadan dan 
janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang!
 Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada? 
Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, 
cuma kena pandai-pandai mengawallah.
 
 Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!
 
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. 
Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. 
Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan 
makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, 
ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah.
 Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa, 
dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit.
 Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka 
membazirkan duit dengan merokok.
 
busuk la weyyhhh....
korang tak perasan ke yang bau korang tu busuk....
shitt!!

15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor. 
Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. 
euwwww!!!
 Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, 
tak pakai deodorant dan macam-macam lagi sampaikan badan dah 
naik bau semacam pun dia tak sedar. Tak ke segan bile sedar badan dah berbau?? 
Entahlah…
 hanya kaum adam yang pengotor je yang dapat jawab
 
eewww......no kumennn..
tolong lah korang!!

16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. 
Macam ‘food machine’. 
Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan 
tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh 
juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun
 wanita patutlah makan dengan bersopan. 
Buat apa terkejar-kejar?
 
dorang da lama hidup kot...
tu yang nak mati cepat tu..
ishh3..
silap-silap makan pun tak baca doa..

17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup kensel deting semata-mata nak main bola ataupun menonton WWF 
dengan member. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan 
dalam banyak hal. Sekali-sekala bolehlah, jangan lak selalu
 memberi alasan sampaikan masa bersama teman wanita tiada langsung
 semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan. 
Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya? 
Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu 
dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. 
Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih, 
mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, 
jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. 
Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa 
seolah-olah dirinya 
tidak penting buat anda pula.
 
memang lah nak kena orang yang perangai macam tu...
apa kata...
korang couple je dgn kawan korang tu..
da korang syok sanagt nak cerita macam-macam dgn die kan...

18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya. 
Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya. 
Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan 
menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit 
atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. 
Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya 
di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti 
memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih 
setiap kali dia 
cuba berbuat sesuatu untuk anda.
 
nan haddooo je la....
lelaki ni ego je kuat....
nak sangat tegakkan ego dorang tu..
ok finneee!!!

19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun 
ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, 
putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan 
mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar 
menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku
 kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah
 anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan, 
melepaslah anda! 
Jujurlah pada pasangan anda.
 
bagitahu je la jawapan sebenarnya bila GF korang tanya...
kenapa nak berdalih-dalih...
nak tukar-tukar tajuk bagai..
bila tanya..itu la..ini la...banyak je alasan...
kadang-kadang nak tanya pasal ex Gf korang pun..
ape salahnya korang bagitahu je sejujur-jujurnya..
perempuan ni tanya sebab nak buat as pengetahuan..
supaya dorang tak buat perkara-perkara buruk yang ex GF korang pernah buat dekat korang!!
 

20. SUKA KONTROL MACHO
Peh! 
Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. 
hancur je yang lebih kot! 
Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. 
Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang 
layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri
 anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda
 tidaklah semacho yang 
disangkakan, 
tak guna juga.
 
cehhh...buang masa je korang tercover-cover macho tu...
just be your own self la beb!!!
 
 
p/s:kredit to farhana aziman...
sebab aku copy this from ur blog.heheh


kan best kalau semua ni mimpi je..bukan realiti...

really hope that.....sad ;(
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

bestnyewww!!!

thanks to yong...
my lovely sygg....
sebab sudi kongsi link movie tu..
lepas aku da tau je link tu...
memag hari-hari duk layan movie je la...
orang lain sebok beli tiket mahal-mahal semata-mata nak tengok movie kan...
aku senang je...
connect internet...
bukak link tu...
searh movie ape nak tengok...
then layannn!!!!
free je...
u allsss jangan jelousss.......
lalalalala...




30 Jul 2011

kenapa???kenapa??!!

aku dah lama jadi stalker akak NURUL AIN ABD SALAM ni...
sebabnya...
sebabnya aku suka sangat tengok muke die yang sweet mweet tu...
cantik gila la die ni...
da la kecik molek..
putih melepakk...
muke like baby face je...
akak NURUL AIN!!!
saya minat kat awak...




p/s:sorry akak...sebab curi gambar from ur blog...
tak tahan tengoknye...comel sangat...

29 Jul 2011

jengjalan dengan kengkawan!!!

walaupun tajuknya jengjalan...
tapi nan haddooo je gambar jengjalan nya...
hahahha...
mengmakan ade la...
hahahah....apehal dgn ayat aku ni....
suke nak buat kontroversi basi...
lalalalala....
ni air kakak aku...
nak sangat kan..
pastu sebok mengadu masam...
lalalalala

me....
mocha frape...(ye kot name die macam gitu)
siyes....cam l#h*n?t rasa die....pahit woiiii!!!

muffin....berlagak je tyme sebut 'chocholate muffins' pas tu...tak makan pun....
membazir-membazir...
tak ape....aku tak rasa pape pun...
bukan aku yang bayar....
aku bayar duit tisu je...20sen..kahkahkah

ye kakak aku kalau pergi makan kat mana-mana pun...
gambar die berposing dgn air tak sah kalau tak ade...
(kalau tak ade gamaknya die buat muke mogok kot depan restoran)

kacau lagi kacau....
ko ingat ni kedai mamak ke air gula dok bertakung dekat bawah lagi...
muahahaha....
terima je la yang air ko tu bapakkkk masam!! 

haah kan...
asal ambil gambar je mesti nak vibrate...
ayyooo

bukti vibrate lagi sekali
seolah-olah sedang mengalami gempa tanah ye...

yang ni agak ok....
but kenapa gelappp....
huaaaaa!!!!
penat aku pakai bedak 4kilogram...


yang ini aku punya...
beef spagetti...
sodappp uhhhh!!!!
(tapi tak habis pun)

ni kakak aku punya...
chicken spagetti...
masin la akak oiiii.....
macam mana serve dekat orang ni....
nassib kami ni pelahap...
kalau tak...
maunya buat report ni...

ni namanya smoke chicken with black pepper sauce..

dan ini smoke chicken with BBQ sauce...

kalau da kaki pelahap tu....
makanan tak sedap pun habis kan...
janji perut settle...


p/s:pecah diet aku hoiiii....nanti kalau aku ngadu dekat die mesti kena tegur cam ni...
elok la tu....jgn takut-takut makan tu...tengah boleh makan...hahahahaah....
ok awakkkk!!!!

kenduri arwah merangkap family gather!!

tanggal 24hb julai yang lalu....
cewahhh ayat...
camni....
24hb hari tu...
kitorang balik kampung and buat kanduri arwah atok and opah....
merangkap sekali dengan jamuan makan-makan sebelum puasa ni hah..!!
so semua nya bertungkus-lumus mengecat/mengemas/memasak dll...
memang seronoklah kan....
dapat berkumpul ramai-ramai...
tambah-tambah pulak dapat gather dgn saudara-mara yang da lama tak lepak sekali...
so inilah kesempatannya utk kitorang nak bergurau-senda...
welaweyyhhh...da lama tak buat entry ayat pun da skema da....
hahahah
1st of all...
aku nak kenalkan la sikit pakcik-pakcik and makcik-makcik ku yang tercinta...

1. yang ni mak andak...memang sangat-sangat sporting....
sangat-sangat sekepala dgn kitorang yang kanak-kanak ni...
(tak ngaku kalah lagi tu...nak jugak kanak-kanak lagi...hahahah)
p/s:ala....pix pak andak tak ada la....takpe-takpe...

2.yang berbaju biru belang-belang tu...pakcik aku...
aku panggil die acik joy sebabnya die mude lagi tu weyhh....
baru 25++ kot....
hahahaha...
die adik ibu yang bongsu...

3.yang baju merah ni pulak....
pakcik aku jugak....
aku panggil acik emi...
utk pengetahuan umum...
tahun depan die nak kawin....
yeahhhh...dapat makcik baru....
(gelojoh)

4.yang ni pulak makcik aku...
aku panggil cik la...
muka die memang selalu nak teruja je depan kamera...
hahaha...
(sorry cik la....ampun-ampun!!)

5.yang ni abg sedara aku...
aku panggil abg nuar je...
yang ni pulak 1 kes...
anak sendiri ade tak nak bawak..then sebok nak pegang anak orang....
huhhhh!!!


6.yang ni pulak mak co and pak co aku...
kami semua memang sempoiiiiii je....
layan....
(eleh-eleh mak co...dgn kacang pun jadi pose nye...wakakaka)

ok....kira da habis la kenalkan....ramai lagi yang tak ada ni...tapi tak ape....nanti raya aku janji aku ambil pix dorang semua aku kenalkan lagi sekali ok??!!

kenduri kali ni memang best la...
ramai gila kawan-kawan and org-org kampung datang...
buktinya....
tempat makan pun kami terpaksa buat 3 seksyen..huhuhuh...


seksyen 1....(lelaki semua)

seksyen 2(orang yang dtg kemudian)


dan seksyen 3 (orang yang juga banyak membantu di dapur)

mekasehh korang-korang semua...
sebab banyak tolong masak-masak/cuci-cuci pinggan/kemas-kemas
(selamat la aku kan..tak payah buat kerja ape pun..lalalala)

menu pada petang tu memang banyak..
sampai tak habis kottt......
main dish - mee rebus sedap meletop-meletop punyerrr!!!
side dish - roti jala/roti feat kuah durian the mabelesssss dan pulut kuning feat rendang ayam gempakkkk!!!
haa...tu semue memang sedapppppppppppp!!!!!!!
rugi korang tak datang...siapa suruh tak datang...wekkkhhh!!!!

tyme aku tgh meng'usha' tempa kat mana aku nak menempek makan....
penuhh kot....
takkan aku nak makan dalam tandas kot....
mak andak.....kita tangkap gambar dulu...
say cheeseee.........
jum kita tengok budak gelojoh makan jum....
=
=
=
=
=
=
=
tarraa!!!
eleh-eleh.........
cover letteewwww....
oppsss lupa nak bagitahu...
on that day....
birthday mak andak..
so aku and kakak aku pun pergi la senyap-senyap beli kek(mekasehh cik firzal sebab bawak kitorang ke pekan beli kek)
kitorang memang pakat habis je makan-makan ni....nak settup depan pulak....
nak suprise utk birthday girl....
dalam 10minit je habis kitorang kemas ruang tamu..terus settup kek kat tengah-tengah ruang tamu....
and tuuppp....kitorang tutup lampu and paksa mak andak keluar dari bilik....
punya lah terharu mak andak sampai lembik kat tepi pintu bilik...kuikuiukuiukui...

aku geram dgn org kedai kek tu...
nak tulis pun tak reti...
senget....tak pandai cari centre....haruu!!!

muka orang terharu...
merah padam muka..hahahha
tak mo nanges-nanges...

tu la...
dalam terharu-terharu tu ingat lagi dia dekat kamera die tu...
aisshhh...

haaa...potong jangan tak potong....
ehhh...
tunggu dulu...
apehal lilin nyala lagi tu...
tiup dulu la....

fuuhhhhhhh...tiuppp!!
baru boleh potong...

terlalu banyak tangan-tangan yang sebok disitu...
tak menyempat-nyempat...

habis kesah birthday party....
nak tunjuk gambar disebalik tabir pulak...
dalam orang kat dapur sebok cuci pinggan..
kami sebok dgn kamera(memang malas nak basuh pinggan pun..lalalala)
salah satu cara nak melarikan diri dari basuh pinggan adalah...
menyebokkan diri pegang/dukung budak kecik...
hehehehe


dan-dan nak bagi susu....
padahal.....

nasib ada fayyadh sibudak bulat ni...
kalau tak confirm kitorang kena basuh pinggan...
hahahaha...
cara kedua adalah...
buat-buiat tidur sebelah budak kecik..
kunun-kunun penat tidurkan budak kecik
agak line macam clear je...
kita bangun la...
then.....
posinggggggg!!!!

1...

2....

3.....
hahahaha....
cara yang ketiga...
buat-buat sebok tangkap gambar budak-budak kecik....
posing u guyyssss.....

1.izzati

2.adib

3.hani

4.nani

5.aini

6.danish sibudak busuk baru bangun tidur..hahaha

dan cara yang terakhir adalah...
buat-buat sebok ajar budak-budak kecik melukis...
hehehe...


lepas tu suruh dorang pakai topi tu...
dan berlagak seperti seorang engineer yang berjaya...

-TAMMAT-


p/s:boleh cuba 3 cara melarikan diri daripada kena basuh pinggan tu k...
kalau tak berjaya jugak..padan muka korang..hahahaha

nyanyi jum!!