BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

18 May 2012

inshaAllah

mudah-mudahan aku dikurniakan oleh-Nya 
i) kekuatan dalam diri
ii) keyakinan dalam diri
iii) kerajinan
iv) ketekunan dan fokus yang baik
v) kesejahteraan, kebahagiaan, kejayaan

AKU KENA KUATKAN KEAZAMAN DAN USAHA UNTUK BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN KALI INI.... amiin...

12 May 2012

BE STRONG!!!!

actually aku bukan berCINTA bagai pun...
saja nak kongsikan kepada korang yang mungkin merasakan diri mereka sedang jatuh cinta kepada seseorang...
tip untuk mengubati perasan mabuk cinta tu...

Ikhlas Kepada Allah
Apabila kita mabuk cinta, satu perkara yang perlu kita ingat ialah cinta itu sebenarnya untuk siapa? Benarkah cinta itu membuatkan diri kita semakin dekat dengan Allah? Benarkah cinta itu tulus kerana Allah? Jika tidak jauhkanlah diri dari cinta yang boleh merosakkan hati.

Berdo’a.
Bukan semua orang mampu menghalang rasa cinta yang kuat dalam hati. Adakala meskipun dihindari, cinta itu semakin datang dan menusuk dalam ke dasar hati. Berdoalah dengan penuh kesungguhan. Hakikatnya Allah jualah yang menanamkan rasa cinta dalam hati kita dan Allah jugalah yang akan menghilangkannya.

Menahan Pandangan.
Elakkan diri dari memandangnya. Usah juga berfikir-fikir tentang dirinya. Hati terjaga, syahwat terpelihara.

Menjauh Dari Orang Yang Dicintai.
Jauhkan diri. Elakkan bertemu dengan dirinya. Menyelamatkan diri dari kerosakkan hati dan maksiat lebih baik dari terus berkawan dengan orang yang bukan mahram kita.

Banyak Berfikir & Berzikir.
Perbanyakkan berfikir tentang dosa dan maksiat yang mungkin berlaku andai kita bersamanya. Sebaiknya berzikir dan sucikanlah hati dengan kalamullah.

Menyibukkan Diri Dengan Hal-hal Yang Bermanfaat.
Sebab mabuk cinta adalah karana kesibukan hati yang kosong. Hatinya akan dipenuhi bayang-bayang kekasihnya. Tetapi ketika ia sibuk dengan hal-hal lain maka cintanya akan pudar, rindunya akan hilang dan akhirnya ia dapat melupakannya.

Menikah, Sebab Pernikahan Itu Mencukupi Segalanya.
Penuh berkah dan menjadi solusi. Jika orang yang dicintainya adalah wanita yang mungkin dinikahinya maka hendaklah ia menikahinya. Jika sukar menikahinya hendaklah memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk memudahkannya. Jika tidak dapat menikahinya karana sebab-sebab tertentu, maka hendaklah ia bersabar dan memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar diberi jalan keluar.

Melawat Orang Sakit.
Mengiringi jenazah, menziarahi kubur, melihat orang mati, berpikir tentang kematian dan kehidupan setelahnya.

Senantiasa Menghadiri Majlis Ilmu.
Duduk bersama orang-orang zuhud dan mendengar kisah-kisah orang soleh.

Kuatkan Semangat, Jaga Solat.
Dengan cara membuang rasa putus asa disertai dengan keinginan keras untuk dapat menundukkan hawa nafsu. Selalu konsisten menjaga solat dengan sempurna. Menjaga kewajiban-kewajiban solat, samada kekhusyukan dan kesempurnaannya secara zahir dan batin.

Menjaga Karisma Diri.
Agar tidak jatuh kepada kedudukan yang hina dina, tidak jatuh dalam perbuatan yang tercela dan segala bentuk yang dapat menghalang kemuliaan. Orang-orang yang memiliki harga diri tidak akan mudah terpengaruh dengan nafsu. Belajarlah dari kisah yang telah menimpa ramai orang. Di luar sana ramai manusia yang pandai, mulia dan disegani akhirnya dihina kerana kalah dengan nafsu sendiri.

Menjaga Kemuliaan Diri, Kesucian & Menjaga Kehormatannya.
Hal ini akan membuat seseorang jauh dari perkara yang akan meruntuhkan harga dirinya ataupun yang akan menjatuhkan martabatnya.

Membayangkan cela yang terdapat pada diri orang yang dicintainya.
Ibnul Jauzi rahimahullah berkata: “Sesungguhnya manusia penuh dengan najis dan kotoran. Dan orang yang dimabuk dengan cinta melihat kekasihnya dalam keadaan sempurna. Karana cinta, ia tidak dapat melihat aib kekasihnya. Sebab hakikat segala sesuatu dapat disingkap dengan timbangan yang adil. Sementara yang menjadi penguasa atas dirinya adalah hawa nafsu yang zalim. Ia akan menutupi seluruh cela hingga akhirnya orang yang dilanda cinta melihat kekasihnya yang jelek menjadi jelita.”

Fikir Bahawa Diri Akan Ditinggalkannya.
Samada ditinggal kerana mati atau ditinggal pergi tanpa keinginannya atau ditinggal karana sudah bosan.

Memikirkan Akibat Perbuatannya.
Orang yang berakal adalah orang yang dapat menimbang apakah cintanya itu akan melahirkan kenikmatan ataupun kesengsaraan.

Meyakini Keutamaan Ujian Hidup.
Hendaknya orang yang ditimpa ujian seperti ini mengetahui bahawa ujian hidup merupakan sebab munculnya nilai keutamaan seseorang. Jika dia bersabar maka akan tampaklah keutamaannya, sempurnalah kemuliaannya dan darjatnya akan meningkat ke tahap yang lebih tinggi.

Berfikir Kerugiannya.
Memikirkan betapa banyak hal-hal yang bermanfaat menjadi luput disebabkan kesibukkan diri dengan cinta seperti ini. Orang-orang yang mulia lebih mengutamakan santapan akalnya dan amalannya.

Mengambil Pengajaran Dari Kisah Orang Yang Mabuk Cinta.
Bagaimana derita yang mereka tanggung. Bagaimana hidup mereka yang dikucilkan oleh masyarakat. Betapa hancur segala urusan dunia dan akhirat mereka. Bandingkanlah orang-orang yang menghabiskan hidup untuk cinta buta dengan orang-orang yang memiliki cita-cita yang tinggi dan luhur dan keinginan yang kuat.

senyum je yang mampu

rupanya dia sebaya dengan aku je...

macam mana lah aku boleh kata dia bawah aku setahun...

what ever la...

kau 21 tahun ke...

20 tahun ke...

19 tahun ke...

44 tahun ke...

tak ada kena mengena dengan aku...

aku sendiri pun tak faham apa-apa dah ni...

kau nak apa dari aku woi??!!!

MENYAMPAH!!

11 May 2012

saya rindu!!!

i wish....
 i can.....
 see them....
 in front of....
 my eyes....
right now....

9 May 2012

kesiannya

kesiannya saya dekat awak..
disebabkan saya, awak jadi tak tentu arah kan??
saya cuma nak bagitahu, yang saya perasan/syok sendiri je...
so just ignore me ok!!?
 

kuat perasan

HAHAHA... kelakar lah kau ni...

bapak perasan nak mati...

ok...

BYE!!!

sedar diri

cukuplah untuk aku rasakan apa yang tidak kau rasakan....
cukuplah untuk aku pandang yang bukan hak aku....
cukuplah dosa mata yang aku telah kumpul selama ini...
cukuplah..cukuplah..cukup...
kenapa hanya kerana satu-dua-tiga-empat- pandangan, aku telah meletakkan satu pemikiran yang memang tak masuk diakal...
siapalah aku untuk kau puja...
siapa aku?? siapa???

SILA SEDAR DIRI YANG KAU HANYA 'PERASAN'....
cukup!!!!!!!!!!!!!!!!
 

nyanyi jum!!