BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

16 Sep 2013

Assalamualaikum... akhirnya!!!

alhamdulillah... akhirnya aku dah ingat password blog ni...
Ya Allah, lama gila nak mengingat password blog ni...
sedih gila rasanya bila tak dapat mencoretkan suka duka dalam blog ni...
lagi sedih, bila just boleh baca entry-2 lama, tapi tak boleh nak sign in...
kisahnya laptop ni pergi format sebab hantar repair...
ada problem sikit pada harddisk dia...
so malam ni kononnya nak remove semua yang ada dalam lappy ni, sbb nak hantar lappy ni format lagi sekali...
ada masalah pada firewall pulak...
entah berapa juta pulak habis mengformat ni...
haritu yela free, pasal still ada warranty...
ni warranty dah habis...
jawapannya kena minta ibu masukkan duit bebanyak la bulan ni...
maaf ibu ayah... terpaksa... nak mintak serious banyak duit bulan ni...
nak beli buku kaunseling tu... kitab Abnormal katanya...
harganya rm200++...
sobsobsobs...
serba salah gila rasanya bila minta duit banyak-2 dekat parents

6 Jun 2013

Ujian Konsentrasi.... jom cuba!

Menguji sejauh mana konsentrasi kita..


- Jawab spontan, jangan banyak fikir (2saat)
- Baca satu demi satu,
- Concentrate!
- OK KITA MULA! :


Permainan konsentrasi warna :


1. Kertas A4 apa warna dia ?


2. Asap warna dia ?


3. Tisu warna dia apa ?


4. Lembu minum apa ?


Yang jawab susu konsentrasi anda terganggu, sebab lembu minum air..


1. Rambut anda warna apa ?


2. Tulisan ini warnanya apa ?


3. Jalan raya warnanya apa ?


4. Kelawar tidurnya bila ?


Yang jawab malam, ertinya kosentrasi anda terganggu. Sebab kelawar tidur siang hari.


1. Warna cendol apa ?


2. Daun kelapa warnanya apa ?


3. Warna bagi kebanyakkan rumput ?


4. Harimau makanannya apa ?


Yang jawab rumput itu salah. Sebab harimau makan daging.

17 May 2013

pleaselah be nice person, before everybody start hating you

jangan disebabkan kita selalu tak diberi peluang untuk meluahkan apa yang kita rasa pada seseorang
dan jangan jugak disebabkan kita selalu tak berpeluang untuk meluahkan rasa marah kita pada seseorang
ORANG LAIN YANG JADI MANGSA
sekarang aku dah tak nak bukak isu matang ke mature ke (eh bukan sama ke??)
sebab masing-masing akan nak mengaku diri sendiri MATANG kan?
MATANG sangat dek nonn....
and tak perlu jugak kita nak sibuk hal orang lain, 
argue keputusan orang lain, 
sibuk tentukan hidup orang lain,
and etc etc (yang seadik-beradik dengan itu)
cukup aku minta 
SILA HORMAT ORANG LAIN
bukan nak ungkit soal senioriti ke apa ke...
tp HELLO..... aku lagi tua dari ko... jgn ingat aku senyum aku tak kisah
tak kan benda simple celah gigi ni pun nak kena bagitahu....
TEPUK DADA TANYA DIRI
kalau nak org hormat org, hormat org lain


4 Apr 2013

JODOH

Jodoh tak kan datang bergolek. 
Ada orang yang nak kahwin dan perlukan cinta, susah utk menemui cinta sejati. 
Ada yang tak sedia, tapi ramai pula yang ikhlas meminati dan orang mahu menjadikannya calon menemani. Dalam aspek ini, apa yang penting adalah pemahaman terhadap diri sendiri. 

 Kenapa susah bertemu jodoh ?

-Fobia bercinta  (kenangan lalu )
-sifat negatif bertakhta dalam diri (suka membujang, melepak)
-Banyak meminta dan kurang memberi (Allah sukar menolak permintaan manusia yang suka menolong orang dan berbuat baik )
- Tidak istiqamah dalam menjalinkan hubungan . (Pentingkan diri dan tak menghormati )
-Tidak sabar (menjurus maksiat saja fikirnya)
-Kurang berusaha dengan usaha yang bersesuaian
-Restu ibu bapa
-Tidak nampak keperluan berumah tangga (Tak nampak ganjarat akhirat orang yang berumah tangga ) - malah ada hikmah yang banyak juga di dunia :)
- Banyakkan berdoa .

Dekatkan jodoh (bagi yang dah jumpa orang yang dia suka) :

*Fahami emosi dan jiwa dia *jangan over*
*Elakkan memberi tumpuan pada kelemahan * lebih lihat pada kelebihan*
*Senyuman dan bahasa badan perlu dijaga
*Keserasian atau persamaan perlu dimanfaatkan , dipupuk selalu
*Bertemu dengan menjaga syariat
*Mempamer emosi yang sama (empati selain simpati )
*Bantu naikkan semangat
*Memuji dengan ikhlas *bukan buat-buat*
*Seimbang
*Tindakan serentak yang berulang (nampak kesungguhan di situ)

mereka.kita.kami.them.us.we

 roomate-roomateku...
kalau dorang tak ada, aku sunyi
kalau dorang tak ada, aku lapar
kalau dorang tak ada, aku sengsara(pasal tak ada kawan borak.ketawa)
kalau dorang tak ada, aku tak pergi kelas(pasal tak bangun..wakaka)
 
 kebetulan jalan-jalan terpakai tema yang sama....
blue day...

 aku ni kalau bab meroyan nak makan macam-macam ni la orang yang aku ajak teman...
macam-macam dia tahu...
dekat mana kedai pasta best, dia tahu
kedai potato sedap, dia tahu
kedai kek red velvet pun dia tahu
paling best, aiskrim yogurt terbaik pun dia tahu..moooo


 dan paling best, sama je perangai...
jenis pantang tengok kamera


1 Apr 2013

Pening

bila difikir-fikirkan balik...
bermula dari hari aku telefon ibu...

aku: assalammualaikum...ibu, pasport wa dah tamat tempoh ke?
ibu: rasanya dah...sebab hari tu buat untuk 2 tahun je... kenapa?
aku: ohh... macam ni...course wa ada buat outbound ke Jakarta bulan 6 nanti...lepas habis exam...boleh tak wa pergi?
ibu: ohhh...kalau dah pasal belajar, pergi je la...lagipun Jakarta je pun...yang kamu cakap Australia tu bila?
aku: yang tu tak sure lagi...tengah memikir...
ibu: ok..so nak renew pasport la ni?
aku: haah...nanti bulan 4, wa balik cuti midsem...kita settlekan la pasal pasport tu...
ibu: ok...

ok start dari hari tu...
banyak gila program yang berlangsung bertindih tarikh dengan tarikh aku nak pergi Jakarta tu...
tiba-tiba Sarah (Pengarah FESENI 13) boleh bagi nama aku dekat Presiden untuk jadi Pembantu Mahasiswa...
tanpa aku tahu apa-apa...
boleh pulak time tu kawan aku ajak pergi Sabah...
boleh pulak girlfriends tiba-tiba cakap rindu... nak jumpa...tapi hanya free bulan 6...
and aku sendiri terfikir, kalau aku join semua ni, adik aku Humaira yang baru 4 bulan tu, ada kemungkinan besar untuk tak kenal aku tu sangat besar...
pasal apa?
pasalnya kakak dia yang no 2 ni hanya balik seminggu dalam 6 bulan...
teruk tak teruk???
dilemma tahu? dilemma?
 takut jugak aku, aku balik, panggil Humaira....... dia boleh buat muka dekkk je...
lagi tambah parah...dia siap menangis menjerit-jerit sebab tak kenal....
dalam hati dia mesti cakap macam ni
'eh siapa pulak si gemuk ni?'
HAHA...

kalau diikutkan kata hati, memang aku akan pergi Jakarta la...
sebab dapat timba ilmu dan pengalaman...
tapi kalau jadi Pembantu Mahasiswa pun dapat timba ilmu dan pengalaman jugak...
bezanya sama ada akademik atau kokurikulum...
tak dinafikan la...jadi PM boleh tambah sijil..sebab zaman sekarang minta kerja, no 2 dorang pandang adalah tahap keaktifan kita dari segi kokurikulum...
kalau cgpa 4.00 pun tapi duduk terperap dalam bilik, orang yang cgpa 3.00 tapi aktif gila...join macam-macam tu jugak yang diterima kerja...

so macam mana ni?
macam mana?
aku percaya, Sarah tak akan bagi nama aku sekadar main-main...
mesti dia percaya yang aku mampu jadi PM...
haihhhhhhh ~sigh~
what can i do???
what should i do?
what suppose i do?
anyone can give me some opinion??
please.......
 

Tak Pasti

aku ni ada satu perangai yang aku sendiri tak tahu diwarisi dari siapa...
aku suka berfikiran NEGATIF... terlalu NEGATIF...
apa sahaja yang berlaku dalam hidup aku ni, aku akan kaitkan dengan benda-benda yang NEGATIF dulu kemudian barulah menjadi POSITIF...
jangan tanya aku kenapa.. sebab aku tak ada jawapan untuk soalan tu...
mungkin ramai yang akan cakap, 'apa kata kau cuba ubah, jangan fikir negatif sangat'
yup...aku pun nak ubah...macam-macam aku buat...macam-macam aku cuba...
hasilnya pasti ZERO... tetap negatif...
aku ingatkan dulu perangai aku ni dah hilang...
tapi baru-baru ni aku sedar, still ada rupanya... haihhhh
and lagi menyedihkan perangai ni membuatkan kepala aku kusut..serabut...berselerak...bersimpul...ok cukup
aku bagi contoh situasi la...

si A ni minat dengan seorang lelaki ni (si B)...
tapi si B ni langsung tak nampak kewujudan si A...
kemudian si A sedar yang dia tak akan mampu untuk memiliki si B...(kat sini dah negatif dah...belum cuba dah cakap tak kan dapat)
si A buat keputusan untuk melupakan si B...
dalam sedang cuba untuk melupakan si B, muncul si C...
si A tak pernah suka pun dengan si C ni...
tp perwatakan yang si C ada, si A rasa kagum....
dalam hatinya 'tak la teruk sangat si C ni...ok je aku tengok' (sini pun negatif...belum kenal dah pandai-pandai judge)
tapi tapi tapi... tak ada la sampai satu tahap si A ni jatuh cinta pada si C...
sebab rasa sayang dia pada si B masih menebal...
tapi cara, gaya, bahasa badan yang ditunjukkan si C pada si A menunjukkan si C berminat pada si A...
tapi tapi tapi si A buat-buat tak perasan...
sebab dia fikir, mustahil la ada orang suka dengan aku (sini lagi sekali negatif, belum tanya dah pandai-pandai buat spekulasi)

ni nak start dah cerita yang mengusutkan kepala anda semua 
(konfiden je tulis anda semua...macam ramai pembaca blog ko ni...eh ter'negatif' lagi...ahakhakhak)

si A syak si C dah tau yang si A suka si B...
si A rasa malu sebab takut si C bagitahu dekat semua orang(padahal si C ni tak ada nak canang pun cerita si A)
si A ni pulak, rasa macam 'eh ruginya aku'
pasal apa rugi??
sebab kalau betul la si C ni sukakan si A, tapi si C tau si A suka org lain....
so that si C ni tak akan terus teranglah dekat dia, yang si C ni suka pada si A...
sebab si A ni fikir, si C mesti tak akan cakap dia suka si A sebab tahu si A mesti akan reject si C, sebab si A suka orang lain, bukannya suka pada si C...
faham kan?faham kan?faham kan?
tak faham padan muka...lalalala
so sekarang hidup si A dalam dilema...
sama ada dia nak terus terang pada si B yang dia suka si B 
ATAU
si A nak tanya je direct pada si C, betul ke si c suka dia

dekat sini aku nak cakap la...betapa complicatednya aku ni berfikir....
negatif je memanjang...
kan senang kalau aku fikir macam ni...

si C ni anggap aku kawan...
mungkin dia nak tolong aku dapatkan si B...
so tak akan ada isu rugi ke, apa ke....
settle kan???


 


 

Cinta tu pasti ada... yang penting kita sabar menantinya


Assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”

“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

_________________________________________________________________________

selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”

p/s: entry dari draft...tak ingat entah bila aku taip...wakaka

31 Mar 2013

kami bukan Juara, tetapi kami semua Juara dimata para penonton

tanggal 18 Mac yang lalu, telah diadakan Pertandingan Boria bersempena Festival Seni 2013 (FESENI 13)
kami mewakili kolej kediaman kesayangan, Kolej Kediaman Keempat(Bestari) of course lah akan hantar pasukan...
mana boleh sekadar tengok org lain je berjoget...
setelah mengharungi segala jerih perit, suka duka, dll sepanjang latihan selama 1 bulan itu...
ye, pada malam 18 Mac itu, kami mempersembahkan Boria Bestari...
choppp...dah kenapa ayat nak mcm Sastera gila je...
kita sembang-sembang mcm biasa je la...
kalau ikutkan tahun lepas kami dapat tempat ke-2 daripada 5 pasukan...
kali ni agak mengecewakan sebab kami turun tangga...
just dapat tempat ke-3 daripada 6 pasukan...
and i feel like so sedihhhhhh....
dah la yg Juara tu musuh kami...musuh sgt kannn...
biarlah...sama ada kami betul-betul kalah sbb mereka hebat atau kami kalah sbb kami dianiaya...
KAMI TETAP MENJADI JUARA DIMATA PENONTON!!!wuhhuuuu!!!
banyak yg cakap "eh sepatutnya 4th yg menang...dah la sketsa korang pergghhh...taikong suara sedap, handsome pulak tu(tolong jgn perasan ye Mirul), tarian gempak, lagu sedap, meriah, bla bla bla"
tp tetap dpt no 3 je...
mungkin juri-juri ni nak something yg kami tak ada, pasukan lain ada... 
memang sepanjang sebulan latihan..bapaklahhh setereesssss!!!!
dengan duit tak ada, peserta tak cukup, lagu dia pergghhhh key TINGGI nak mati (semput mak), drama airmata, dll....
so nak tgk hasil latihan sebulan??? 
tak tahulah kenapa tak boleh nak cari video ni via youtube...bg link je la ok?
mula-mula dia mmg ada sketsa dulu...so jgn terkejut pulak tgk tak ada org berjoget...hahahah
lupa pulak nak bagitahu, aku bukan berjoget pun, aku just backup singer je...
tak mampu nak berjoget sebab BULAT sgt...hahaha
so jom tgk gambar pulak...jom jom jom
 ni gambar masa Malam Prelude

 ni pulak gambar pagi 18 Mac tu... rehersal...rehersal pun dah cukup nervous dah bagi aku...dgn mata masing-masing bengkak...akibat tak cukup tidur... :(

 muka Mirul dah mcm Drakula...make up tebal...wakakaka

 gambar persiapan...time ni la nak make up, nak bergambar, nak membetulkan key, nak mengingatkan step...
semuanya time ni la...dgn nervous segala...
time ni la Cik Rahimi tiba-tiba decide, hanya aku seorang shj back up singer perempuan yg akan menyanyi, sbb yg sorang lg, nervous sgt sampai key sumbang, tempo ke laut...adoiiii -..-

 nilah abang-abang sailor kita yang kacak-kacak belaka...
dari kiri: Naz (dia tahun lps dah join Boria, so dah expect dah...tgk muka, relax je kan?), Kuchai (junior...baru nak berjinak-jinak dlm dunia Boria...katanya tahun dpn nak join lg...nak tebus kekalahan), Haziq(junior...dia ni la yg paling rapat dgn semua perempuan-2 dlm Boria...aku panggil dia Cinderella, sbb nya senang kena buli dia ni..ahakksss), Azam(senior Boria...kalau nak tahu, dia adalah Timbalan Presiden 4th, tp humble je org nya...siap boleh join Boria lagi), AG(junior...dia ni junior course aku jugak...paling pendek...ahakhakhak)

 pasangan paling sempoi... Azam dgn Lili... (Lili ni muka nampak je ayu, rupa-rupanyahhhh....dasyat gak budak ni...siap berharlem shake bagai nak gila...HAHA)

yg ni pula Yusnita... dia senior dlm Boria...tahun lps pun dia join...
dia paling pandai sekali menari...kalau ikutkan dia tak join Boria tahun ni, sbb Tarian Kreatif panggil dia join dorang...tp sebab kesetiaan dia dgn Boria, dia tolak tawaran tu, and dia join Boria

yang ni pulak Kak Illi dan Lili...confuse kan nama dorang ni...mess up dgn huruf je...
Kak Illi ni asalnya back up singer sama-sama dgn aku, tp tiba-tiba dia disuruh oleh Cik Rahimi untuk jadi tukang pegang payung yg ayu...
tahun lepas pun Kak Illi ni join Noria, tp dia pegang bunga telur...tahun ni pegang payung...bagus...
tukar profesion ye Kak Illi..HAHAHA

yang ni pulak taikong kami yg org ramai cakap suara best and handsome sgt tu -..-
dah 2 tahun berturut-turut dia jadi taikong Boria Bestari ni... and dua kali dia kalah dgn taikong 12th...sampai sekarang tak puas hati..HAHAH...mohon lah masuk lagi Boria tahun depan...

persembahan malam tu dimulakan dengan persembahan sketsa oleh 
dari kiri: Afiq Azam, Khalil, Amirul Afiq...
sumpah aku cakap, 10 kali aku tgk dorang ni berlakon, 10 kali jugak la perut aku kebas tahan gelak...adoiii...
korang mmg the best la...

persembahan Boria bermula....jeng jeng jeng
Salam diberi pembuka kata..
Boria Bestari membawa cerita...
lalalala

haa...goyang lagi Mirul...goyang!!!
boring aku...asyik gambar ko je org snap...
gambar kami mana? mana?

habis dah......
time tu jantung rasa fuhhhhhhh legaaaaaaaa gilaaaaaa habaqqqqq hangggggg.....
memandangkan gambar sailor perempuan tak ada....
so aku introduce pakai gambar ni je la...
tu yang tiba-tiba gambar ni je yang besar...
dari kiri: Amirul Afiq (yg pegang payung tu), Kak Moon(juga merupakan manager kitorang...2 tahun berturut-turut jadi manager and peserta Boria), Ummi (yang comel tu), Haziq (yg duduk depan Ummi), Yusnita(yang tertunduk malu tu), Afiq Azam (yg tak nampak muka tu), Naz( yang berdiri belakang Yus), Amirul (our taikong), Khalil ( yang pakai blazer tu), Lili, AG(yg duduk dpn Lili), Kuchai( sebelah AG), Azam (berdiri antara AG & Kuchai), Hajar (yang berkepak luas tu...HAHA), Kak Illi (si pemegang payung yang ayu)

nampak tak kelemahan menjadi back up singer...
gambar tak nampak...
sebabnya berdiri disudut paling tepi paling belakang....

ok... back up singer yang pakai baju kemeja putih ni...dengan perempuan yg pakai blazer tu...
back up singer lelaki pakai topi kuning tu (kononnya Arkitek), yang perempuan pulak pakai tudung & tie hitam dengan blazer (kononnya peguam)
mesti ramai pelik... kenapa arkitek dengan peguam??
sebabnya tema kitorang tema PEMBANGUNAN(kemajuan)...

yang ni gambar semua...cuma tak cukup 2 orang budak sketsa je...

yang ni pulak bergambar dengan peminat setia...
peminat ke???
penyokong sebenarnya...kalau dorang semua ni tak ada... 
tak meriahlah...mesti sambil joget senyap je...krik krik krik krik gituuuu....

 haaa...ni siapa pulak??
disebalik kejayaan kami, dia lah insan yang paling banyak berkorban....
berkorban masa, tenaga, wang ringgit, dll
inilah Cik Rahimi yang banyak memberi nasihat, tunjuk ajar pada kitorang semua....
TQ Cik Rahimi...
sanggup datang setiap malam, dari jauh, semata-mata nak tgk kitorang...
huhuhu...TERHARU

 lepas habis Boria...kita buat apa???
MAKAN....
even tak menang, tapi kitorang still boleh tersenyum...
sebab....
hubungan persahabatan yang kitorang jalinkan selama 1 bulan tu, cukup untuk buat kitorang gembira...
weeeee...
(aku buat perangai lagi...ayat skema la gila)


gambar seterusnya ni, gambar time kitorang semua budak Boria hang out...
kengkonon interaction day la...
cenggitu........

 nampak tak betapa busy nya Najwa Fitriah disitu....
bab makan tetap nombor 1...
kantoi la kat situ...
diet ku musnah...


yeahhhhhh.....
nak photoshoot lawa-lawa duit tak ada...
jadi la berdiri bawah flash light, SENYUMMMMM!!!!

22 Mar 2013

~teaser~ BORIA 2013


shempoiii baq hangg!!!

nyanyi jum!!