BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

9 Dec 2012

Mr. M.A heheheh

Perempuan : saya tidak layak untuk awak.

Lelaki : Kenapa?

Perempuan : Awak dari kalangan orang baik-2.. Sedangkan saya tidak.

Lelaki : Saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?

Perempuan : Awak pintar, awak ada banyak peminat.

Lelaki : Peminat? Saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Perempuan : Saya juga tidak terlalu arif dalam ilmu agama.

Lelaki : Kita boleh mendalaminya bersama-2, itu tanggungjawab saya membimbing awak.

Perempuan : Saya tidak cantik. Tidak seperti mereka.

Lelaki : Tuhan marah mendengar perkataan awak tadi. sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.

Perempuan : awak ini kenapa? kan saya kata saya ni tidak layak untuk jadi isteri awak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.

Lelaki : Perbezaan tu yang akan membuat kita lengkap.

Perempuan : Awak terlalu sempurna.

Lelaki : Belum. Tapi akan sempurna jika awak ada.

Perempuan : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.

Lelaki : Seribu kuntum bunga pun tak mampu membuat awak berlembut juga?

Perempuan : Temuilah wali saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta awak, jika awak benar inginkan saya, assalamualaikum..

nyanyi jum!!