BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator
Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

28 Sept 2011

so sweet!!!

Gadis : Mengapa awak menyukai saya? Mengapa awak cintakan saya?

Jejaka : Saya tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu saya memang menyayangi dan mencintai awak!

Gadis : Awak tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana awak boleh katakan awak sayang dan cintakan saya sedangkan awak tidak boleh menerangkannya.
...
Jejaka : Betul! Saya tak tahu sebabnya tetapi saya boleh buktikan bahawa saya memang cintakan awak!

Gadis : Tak boleh beri bukti! Saya nak awak terangkan kepada saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan syair lagi. Tapi, kenapa pula awak tak boleh terangkan sebabnya?

Si Jejaka menarik nafas panjang dan dia berkata...

Jejaka : Baiklah! Saya mencintai awak sebab awak cantik, comel, mempunyai suara yang merdu, penyayang, kelakar, dan sentiasa merindui saya. Saya juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak awak melangkah, di situlah cinta saya bersama awak!

Si Gadis tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan Si Jejaka tadi. Namun begitu selang beberapa hari si Gadis mengalami kemalangan dan koma.

Si Jejaka amat bersedih. Di wad hospital, Si Jejaka menangis di tepi katil Si Gadis sambil berbisik..

"Awak! Jika disebabkan suara, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak bersuara? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak kerana sekarang awak tidak dapat bersuara. Jika disebabkan kasih sayang dan senda gurau, saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak menunjukkannya? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak ketika ini.

Jika disebabkan senyuman saya mencintai awak... sekarang bolehkah awak tersenyum? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak. Jika disebabkan setiap langkah saya mencintai awak.... sekarang bolehkah awak melangkah? Tidak! Oleh itu saya tidak boleh mencintai awak.

Jika cinta memerlukan sebabnya, seperti sekarang. Saya tidak mempunyai sebab untuk mencintai awak lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Saya masih mencintai awak dulu, kini dan selamanya. Cinta tidak perlu ada sebab. Cinta lahir dari hati yang ikhlas. Saya terima awak seadanya. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat dan dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati.. (^^,)v

27 Sept 2011

patutkah??!!

bagi korang apa korang nak buat dekat sebuah klinik swasta yang buat kesalahan semasa bagi keputusan pemeriksaan korang??
korang buat apa??
saman dan bawak kes ke mahkamah???

mengamuk macam ni???

atau abaikan je??

heiii.....
aku geramlah....
tapi.........................................................

abaikan je la yak...
buat apa nak panjang-panjangkan cerita kan??
ok!!!





24 Sept 2011

nothing

bila

dah

B O S A N

sehari

boleh 

keluar

banyak-banyak

entri

SEKIAN

TERIMA

KASIH

sayang sangat!!!

hayati lirik dia...
sangat-sangat menyentuh hati kan??!!

nak tahu tak....
selain dari keluarga,saudara-mara dan kawan-kawan saya...
ada seorang lagi insan yang saya sayang sangat-sangat....
nak tahu siapa??
=
=
=
=
=
=
=
=
=
awaklah!!! 
saya nak awak tahu yang saya sayang awak....
walaupun awak tak sayang saya...(manalah nak tahu apa dalam hati awak kan)
tapi saya tetap sayang kat awak....

i really hope that we will always be for each other and support each other no matter happen...
and i really-really-really hope its happen...
do believe....
care...
no secret....
and LOVE each other....
always...
and one more thing...
i need your full care for me...i need your time to be always with me...
i really need it...
i do love you mr.A


p/s:asal dengan aku ni???hahahaha....
korang geli tak baca entri ni???
kalau geli tak payah baca...skip this entry..
SEKIAN...

hobi aku.....

suka duduk diam-diam sambil memikirkan hal aku sendiri(but in the opposite view...dalam bahasa lain memikirkan dalam pandangan yang negatif)
agak-agak korang sihat tak hobi ni??
hahahaha

dan hasil dari pencarian dekat google...
ini yang aku dapat...

PEMIKIRAN NEGATIF PUNCA MASALAH...

Bila Anda benci pada orang lain dalam diam, secara automatik Anda akan menarik rasa benci orang tu pada diri Anda tanpa Anda sedari. Kemudian, dalam masa yang sama, Anda juga akan menarik situasi-situasi yang menjadikan Anda lebih benci kepada orang tu dan menjadikan Anda semakin benci pada apa jua benda, orang perseorangan, perkara dan pada sesiapa sahaja.

ayyyoooo...taknak la macam tu.....

10 Jenis Pemikiran Negatif Yang Mesti Dibuang Dari Minda Anda

















1. Berfikir hitam-putih
Berfikir secara hitam-putih itu mudah tapi
berbahaya, kerana berfikir secara
hitam-putih boleh membuat orang sombong
atau sebaliknya mudah menjadikannya putus
asa.
keadaan:
a) orang yang berfikir hitam-putih adalah
orang yang memilih untuk tidak melakukan
apa-apa bila dalam keadaan keliru
b) seseorang yang terus tidak mahu berkahwin
apabila tidak mampu mendapatkan pasangan
idaman hatinya.
c) orang yang menghukum satu kesalahan
secara maksimum.Ketika dia dibohongi sekali
oleh seseorang , maka dia tidak mempercayai
orang itu selama-lamanya.

2. Mengeneralisasi secara berlebihan
Berfikir secara general bermakna melihat
perkara kecil atau sebahagian dari sesuatu
dan menganggapnya sebagai keseluruhan.
Kata yang digunakan biasanya, “selalu” dan
“tidak pernah” 
keadaan:
 a) orang menjadi mudah menyalahkan,
menganggap remeh, tapi juga boleh
mengandaikan sesuatu secara berlebihan.
Sebagai contoh, ketika seorang suami pada
suatu hari mendapati isterinya terlambat
menyiapkan sarapan dibandingkan hari yang
lain, maka dia dengan mudah mengatakan
bahawa isterinya “selalu” lambat menyiapkan
sarapan, atau “tidak pernah” tepat waktu
menyiapkan sarapan.

3. Perkara negatif mengalahkan yang positif
Anda memilih suatu bahagian yang negatif dan
memikirkannya secara khusus dan mendalam,
sedangkan bahagian yang positif dilupakan.
keadaan:
a) ketika anda menerima banyak komen yang
positif tentang hasil pekerjaan anda dari
kawan-kawan di pejabat, maka anda merasa
bahagia sekali dan terlambung. Tetapi ketika
ada satu kritikan dari salah satu kawan yang
sampai ke telinga, anda lalu menjadi murung
dan memikirkannya berhari-hari dan anda
merasa menjadi tidak sempurna. Dan anda
melupakan perkara-perkara positif yang sudah
anda dengar.

4. Diskaun untuk perkara positif
Anda menolak pengalaman-pengalaman positif
dan tidak pernah memberikan reaksi. 
keadaan:
a) Biasanya orang yang berfikiran negatif seperti
ini tidak mudah memuji dan menganggap remeh
kebaikan orang lain.

5. Terlalu cepat mengambil kesimpulan
keadaan:
a) anda sedang menghadapi suatu ujian dan
merasa belum bersedia, maka anda berfikir
bahawa pasti gagal dan tidak akan lulus ujian
tersebut. Padahal anda belum mengetahui
soalan-soalan yang akan dijawabnya. 

6. Pemikiran hiperbola atau melebih-lebihkan.
Anda melebih-lebihkan pentingnya permasalahan
dan kelemahan anda, atau anda terlalu
memperkecilkan pentingnya kualiti yang dikehendaki. 

7. Penaakulan Secara Emosional
Anda berandaian bahawa emosi anda yang
negatif selalu mencerminkan
perkara yang benar-benar akan terjadi.
keadaan:
a) anda sedang menaiki kapal terbang dan anda
merasa hati anda tidak sedap, maka dalam hati
anda berkata, "Aku merasakan ketakutan di
dalam kapal terbang ini. Ini pasti menandakan
bahawa sangat berbahaya untuk terbang ketika ini.
b) "Aku merasa berdosa bermakna aku adalah
orang yang jahat" 
c) "Aku berasa marah, ini membuktikan
bahawa aku sedang diperlakukan dengan tidak adil."

8. Memaksakan suatu keadaan
Penggunaan kata “semestinya”, “perlu” dengan
harapan sesuatu menjadi seperti yang anda
harapkan, boleh mengakibatkan putus asa dan
kekecewaan.
keadaan:
a) anak anda yang sedang berlatih bermain alat
muzik dengan tekun. Tetapi ketika anda melihat
latihannya dia melakukan banyak kesilapan.
Anda berkata padanya,“Sepatutnya kamu
tidak melakukan banyak kesalahan
dengan masa latihan yang sudah berjalan
berbulan lamanya ini.” 

9. Label-label negatif yang menghukum
Label-label yang negatif berupa gelaran
atau jolokan buruk atas sesuatu perbuatan
adalah sebuah pemikiran negatif yang paling
ekstrim.
keadaan:
a) Ketika seseorang melakukan suatu
kesalahan misalnya dia menumpahkan
makanan dalam sebuah majlis, lalu
beberapa orang menyebutnya, “kalut”,
lalu label itu melekat padanya
selama-lamanya.

10. Menyalahkan secara personal atau bahagian
tertentu. Menyalahkan diri sendiri saja atau
menyalahkan orang lain saja, termasuk ke
dalam kategori ini. 
keadaan:
a) seorang ibu yang mendapat berita dari 
sekolah bahawa anaknya  mendapat markah 
rendah dalam sesuatu matapelajaran. Si ibu, 
tanpa melihat sebab-musababnya, langsung 
menyalahkan anaknya, atau dia  akan 
menyalahkan diri sendiri dan menganggap 
dirinya bukan orang tua yang baik, atau dia akan 
menyalahkan guru atau sistem di sekolah. 

Ingatlah pemikiran-pemikiran negatif yang dipelihara lama di dalam diri anda, akan semakin sukar untuk diseimbangkan atau digantikan dengan pemikiran positif ketika anda semakin menjadi tua.

23 Sept 2011

time square...

weyhhh...
memang la penat....
dari UM nak ke TIME SQUARE  tu take about an hour...
god!!
sabar je la...
tapi tak apa lah..
sebab pergi pun sebab nak belajar jugak selok-belok jalan dekata KL ni kan...
kalau tak sampai bila-bila pun aku tak pandai..
haa..kang nak balik kampung terpinga-pinga...
nampak sangat la kekampungan aku kan..(memang kampung pun)
hahaha...
ok...
seperti biasa dan sedia maklum korang


aku kuarkan entri ni sebab nak tunjuk gambar la kannn......
tu pun still tak paham-paham ke???
adoi...
ok..
aku taruh gambar tanpa penerangan and desciption ok!!
malas la nak taip panjang-panjang..
(padahal memang da panjang pun aku taip..hahaha_biarlahh...blog aku ke blog kau??!!)
enjoy da pictures ok....
(pix si budak gemuk si penternak lemak)
memang sedia maklum....
muka aku memang selalu penuh dengan jerawatt...

time ni kawan aku sangat lambat..
jadi aku nak g tengok die...
~jum terjah bilik meida~

ini kakak saya..
saya sayang dia sangat...
muahhhh~~

time ni tak ada mood nak tangkap-tangkap pix ni..
dats y muka jadi macam tu...
tak sememeh!!

kakak saya memang asyik sebok on call je...
retsss katakann!!!
(syyyhhhh die tak tahu kewujudan pix ni..hehehe)

haa..ni lah kawan aku yang lambat tadi tu....
si meida penternak lesung pipit versi kawah bulan...
dalam lesung pipit die woooo!!!
TERBAIKK

lunch merangkap dinner aku for today!!!

dah cukup la peace-peace..
makan cepatt!!

percaya atau tidak..
ini kali pertama die cuba nak makan sizzling yee mee....
AJAIBB!!

dan die mengatakan bahawa sizzling yee mee tak sedap...
WHAT!!!!?????

tengok aku makan...
sedap je....
kan-kan-kan...
nampak sedap kan??

heiiiiii kau najwa...
muka kau...
tak boleh blahh!!

1.jerawat di pipi
2.jerawat di atas hidung
3.jerawat dibawah dagu
~sekian~
majulah jerawat untuk masa depan...

dorang sangat cute kan??

makan bagi habis cepat...
mahal tu kot...

wooiiii!!!!!
aku tak ready lagi lah!!

JERAWAT!!
lebiiuuu!!!

muahhhhhhh kat awak!!


ok nak balik da..
sorry gambar entah ape-ape...
nak cepat..
takot tren jalan....
hahaahahah...

eh cup-cup...
tadi aku cakap aku tak nak tulis desciption kan???
tapi kenapa aku tulis??
hahahaha...gilalah aku ni dahh...
lantak la..
dah terlebih rajin...


p/s:al-fatihah...ayah kawan aku telah kembali ke rahmatullah pada 22 september 2011 jam 10.40 malam...semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman..AMINNNN.......

19 Sept 2011

aku menyampah dengan kau boleh tak???

hahaha.....
kau boleh blah la...

18 Sept 2011

teruja kali kedua!!!kedua ke???gasakkk!!!

i never expect yang artis-artis tempatan kita ni akan balas tweet kita-kita yang nan hadoo ni...
macam biasa dan sediakala lah...
aku menggatalkan tangan menge'tweet' ke wall artis-artis ni....
terkejotttt enekk ooiiii...
dorang balas kot......
memang semalam tidur dalam senyum...
maybe ada orang lain memang dah biasa ditegur oleh artis-artis tempatan...so korang macam dah tak kisah kan...
and then korang mesti cakap aku ni jakun gila kan...
so what..
biarlah aku nak teruja pun..
korang tak nak baca blog aku ni tak payah la baca..
aku tak pernah pun tulis korang wajib baca semua entri kan...
lalalalalala....
memang lah nampak macam aku jakun kan...
tapi aku rasa ini perkembangan yang bagus bagi aku..
yela baru je buat akaun twitter 26jam....
dah ramai artis-artis yang membalas tweets aku....
lalalalala....
kagum la aku kan....
so aku rasa agaknya kalau nak tweets kita dibalas oleh artis-artis.. kita kena menebalkan muka je...
tulis je apa-apa pun kat wall dorang..
ikut nasiblah kan...
kalau dorang balas itu satu bonus untuk korang..
kalau tak....sabar je la...
dah memang sedia maklum,yang artis-artis malaysia ni memangnya busy 'duapulohempatjamnonstop'...hahahah
disini aku nak bagi tunjuklah sikit bukti tweets aku dibalas kan....
kang korang kata aku tipu pulak....


 yg ni aku balas tweet nabila huda...and she replied me back....wuhhuuuu!!!!

 yang ni pulak aku tweet ke wall intan ladyana...
dia cakap aku cute weyh...korang ade???hahahahaha

yang ni pulak aku tweet ke wall johan asari (botak juvana)...
yang ni aku tak heran sangat..
sebab die memang balas semua tweet yang orang bagi kat dia..
memang rajin la kau johan..
TERBAIK!!!

haa..now dah percaya???
sorry lah..pix agak kabur..
kondisi gambar ketika diambil adalah dalam keadaan yang boleh tahan gelap..
hahahaha....
ok la...
nanti aku fikir lagi apa aku nak tulis dalam entri akan datang....
cewahhh!!!akan datang lah sangat....
esok je pun..hahahaha...
but....it depends on idea ok..
bye

17 Sept 2011

wahhhh!!!terujanya...

dulu aku ada twitter...tapi da tak active..
sebabnya dah lupa password...
then tadi aku pun buat lah akaun twitter yang baru...
baru je beberapa jam aku dah ada 7 followers...
wahhh...so bombastic!!
then macam biasa lah kan...
tangan aku ni suka menggatal tegur orang tak tentu pasal...
aku saja-saja lah tweet johan asari(botak juvana) and intan ladyana...
sekali dorang balaskah pulakkk.....
wahhh bertambah-tambahlah keterujaanku ini kan...
hahahahaah

15 Sept 2011

wad kanak-kanak PPUM...

ok...
baru je start kuliah seminggu..
kitorang dah diberikan tugasan yang bagi aku agak susah jugak..
sebab mengambil masa yang panjang untuk merancang dan memerlukan prosedur yang banyak...
so harap-harap sangat dalam group aku ni tak adalah 'sleeping partner'...
kalau ada,siap korang aku pijak sampai lumat..
hambooii!!!!
ok...
so kami ditugaskan untuk membuat kajian tentang hubungan sosial antara pesakit dengan staf-staf disitu atau nama lain ialah nurse-nurse dekat situ lah kan...
kalau difikir-fikir balik...
projek kitorang ni dah macam budak medic la pulakk kan...
hahahaha
nan hadoooo je la...
so...tunggu dan lihat je lah hasil projek kali pertama kami ni..
entah jadi entahkan tidak...

14 Sept 2011

ya allah

ya allah.... You strengthen my heart, my soul and my perseverance ......if the matter is you suspect this is true, then I accept it with a pleased..... amin

entri yang mungkin akan sesetengah dari korang yang tak paham kenapa aku masukkan dalam blog aku ni...

kalau sesiapa yang tak berminat nak baca tak payah baca....

Ujian awal kesan sakit buah pinggang

RAMAI orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan. Malah, tidak kurang juga beranggapan mereka tidak akan berdepan masalah kesihatan, sedangkan setiap orang sebenarnya mempunyai risiko sama untuk mengalaminya kerana kebanyakan penyakit kronik menyerang badan dalam diam.
Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan, walaupun ia diberikan secara percuma.

Sikap ini juga menyebabkan ada yang tidak boleh menerima hakikat apabila diberitahu mereka menghidap sesuatu penyakit serius kerana tidak mengalami sebarang gejala.

Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.

Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang.Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.Bagaimanapun, anda perlu lebih berhati-hati dan segera mendapatkan pemeriksaan kesihatan jika anda mengalami tanda seperti:

-Ketidakselesaan atau rasa terbakar ketika membuang air kecil.
-Darah keluar bersama-sama air kencing.
-Perubahan pada kekerapan membuang air kecil.
-Sakit belakang.
-Kerap buang air kecil, terutama pada tengah malam.
-Bengkak pada pergelangan kaki.
-Sembap pada keliling mata yang berlarutan, terutama pada sebelah pagi.


Semua tanda di atas menunjukkan seseorang itu mengalami masalah kerosakan buah pinggang. Biasanya gejala ini dianggap perkara biasa dan sering diketepikan, sedangkan ia petanda penting kepada masalah buah pinggang.

Risiko kegagalan buah pinggang semakin tinggi dengan pertambahan umur.Setiap tahun dianggarkan 2,400 kes baru kegagalan buah pinggang dilaporkan dan kes baru di kalangan golongan berumur antara 60 hingga 65 tahun menunjukkan peningkatan 25 peratus.

Buah pinggang bertugas menapis darah dan membuang bahan toksik, sisa buangan dan air berlebihan dari badan.Kegagalan buah pinggang melakukan tugas penting ini boleh menyebabkan pesakit menemui maut jika rawatan penggantian buah pinggang tidak dilakukan. Namun, bukan mudah untuk mendapatkan buah pinggang baru dan kosnya pula sangat mahal; boleh mencecah RM300,000!

Justeru, perkara terbaik ialah menjalani pemeriksaan pengesanan. Ujiannya pula sangat mudah iaitu melalui ujian darah dan air kencing yang mengambil masa beberapa minit saja.

Selain dua ujian mudah ini, beberapa kaedah lain boleh digunakan, iaitu biopsi jarum halus dan ujian bagi tekanan darah tinggi dan kencing manis.

Kaedah terbaik untuk mengelak menanggung kos perubatan tinggi ialah kerap membuat pemeriksaan kesihatan untuk mengesan penyakit pada peringkat awal. Ujian saringan kesihatan ini sangat mudah dan keputusannya boleh diketahui segera.

Semua orang perlu menjalani pemeriksaan kesihatan ini, terutama mereka yang mempunyai sejarah atau ahli keluarga menghidap penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi, kerana mereka berisiko tinggi mendapat masalah kegagalan buah pinggang.

Kencing manis dan tekanan darah tinggi yang tidak terkawal juga antara punca utama kerosakan buah pinggang. Jika ini berlaku, bermakna pesakit terpaksa bergantung kepada mesin dialisis darah sepanjang hayat.

Saringan ini sangat mudah. Tiga parameter diukur iaitu tekanan darah, kandungan glukosa darah dan kandungan protein dalam air kencing. Jika air kencing menunjukkan ada protein, pesakit disaran menjalani ujian susulan untuk pengesahan kerana ia antara petanda awal kegagalan buah pinggang.

Masalah kegagalan buah pinggang yang semakin meningkat di kalangan masyarakat kita dipercayai akibat gaya hidup dan tabiat pemakanan tidak sihat yang boleh menjurus kepada penyakit kencing manis serta tekanan darah tinggi.

Kajian terbaru Universiti Sains Malaysia (USM) 2004 mendapati, rakyat Kelantan paling ramai menghidap kencing manis (78,000 orang) dan kebanyakannya adalah pesakit muda berumur 30 tahun.

Peningkatan sekali ganda sebanyak 13 peratus ini sangat merisaukan berbanding hanya 5.3 peratus 10 tahun lalu.

Kencing manis juga menyebabkan 95.3 peratus pesakit di negeri itu terpaksa kehilangan anggota badan yang kesemuanya berpunca daripada pengambilan gula berlebihan.

Jika anda turut mengamalkan gaya hidup tidak sihat, masih belum terlewat untuk mengubahnya.

Mulakan hidup baru dengan menjalani ujian saringan ini sebelum membuat pemeriksaan berkala sekurang-kurangnya setahun sekali.

Kegagalan buah pinggang juga boleh dicegah dengan mengamalkan:

-Pemakanan seimbang.
-Minum sekurang-kurangnya dua liter air sehari.
-Berhenti merokok.
-Makan ubat selepas mendapat nasihat doktor. Paling penting, elakkan ubat yang tidak perlu termasuk ubat untuk menguruskan badan.
-Kekalkan berat badan seimbang.
-Bersenam setiap hari sekurangnya-kurangnya 30 minit.

12 Sept 2011

ahhh nak post jugak entry ni....tak kira!!!

awakk!!!
saya sayang awak tau....
ingat tu..
hahahahah...
tu je nak bagitahu....
kahkahkahkah....
kesian kat korang....
duk baca entry bengong oleh seorang kanak-kanak yang kurang sihat mentalnya pada ketika dan saat ini....
sekianterimakasih....

11 Sept 2011

raya!!!!

mesti ramai yang menunggu janji aku...
and mesti ada yang cakap aku ni penipu...
kata nak masukkan gambar raya 2011...
tapi sampai sekarang tak masuk-masuk lagi kan??
sorry ye u guys semua....
i'm too busy...
kat rumah pulak line macam alahaiiiii(faham-faham je la)
so i think this is a best time to download them to this stupidiest blog!!!
ok now...please enjoy them....
walaupun macam hape je....
ok??
my mum and dad...
sweet rite??




tambah lagi pix ye....

 haah la kan...gemuk la kau najwa....!!!









10 Sept 2011

yeaahhh!!!!!!

MHS(minggu haluansiswa) is over!!!
its so tiring me....till now...
but i enjoyed it.......
LOVE it....
dapat pulak PM-PM yang bapak 'handsome'.................
tambah-tambah my 'tomey-tomey' tuh!!
hahahahahaha.....
tetttt......
dah-dah...aku stop tulis sampai had ni je..
kang terlajak pulak cerita yang bukan-bukan..
hahahaha...
wekkhh:-P


p/s:mampos aku kalau dia baca entry ni..hahahah

nyanyi jum!!