BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator
Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

4 Apr 2013

JODOH

Jodoh tak kan datang bergolek. 
Ada orang yang nak kahwin dan perlukan cinta, susah utk menemui cinta sejati. 
Ada yang tak sedia, tapi ramai pula yang ikhlas meminati dan orang mahu menjadikannya calon menemani. Dalam aspek ini, apa yang penting adalah pemahaman terhadap diri sendiri. 

 Kenapa susah bertemu jodoh ?

-Fobia bercinta  (kenangan lalu )
-sifat negatif bertakhta dalam diri (suka membujang, melepak)
-Banyak meminta dan kurang memberi (Allah sukar menolak permintaan manusia yang suka menolong orang dan berbuat baik )
- Tidak istiqamah dalam menjalinkan hubungan . (Pentingkan diri dan tak menghormati )
-Tidak sabar (menjurus maksiat saja fikirnya)
-Kurang berusaha dengan usaha yang bersesuaian
-Restu ibu bapa
-Tidak nampak keperluan berumah tangga (Tak nampak ganjarat akhirat orang yang berumah tangga ) - malah ada hikmah yang banyak juga di dunia :)
- Banyakkan berdoa .

Dekatkan jodoh (bagi yang dah jumpa orang yang dia suka) :

*Fahami emosi dan jiwa dia *jangan over*
*Elakkan memberi tumpuan pada kelemahan * lebih lihat pada kelebihan*
*Senyuman dan bahasa badan perlu dijaga
*Keserasian atau persamaan perlu dimanfaatkan , dipupuk selalu
*Bertemu dengan menjaga syariat
*Mempamer emosi yang sama (empati selain simpati )
*Bantu naikkan semangat
*Memuji dengan ikhlas *bukan buat-buat*
*Seimbang
*Tindakan serentak yang berulang (nampak kesungguhan di situ)

mereka.kita.kami.them.us.we

 roomate-roomateku...
kalau dorang tak ada, aku sunyi
kalau dorang tak ada, aku lapar
kalau dorang tak ada, aku sengsara(pasal tak ada kawan borak.ketawa)
kalau dorang tak ada, aku tak pergi kelas(pasal tak bangun..wakaka)
 
 kebetulan jalan-jalan terpakai tema yang sama....
blue day...

 aku ni kalau bab meroyan nak makan macam-macam ni la orang yang aku ajak teman...
macam-macam dia tahu...
dekat mana kedai pasta best, dia tahu
kedai potato sedap, dia tahu
kedai kek red velvet pun dia tahu
paling best, aiskrim yogurt terbaik pun dia tahu..moooo


 dan paling best, sama je perangai...
jenis pantang tengok kamera


1 Apr 2013

Pening

bila difikir-fikirkan balik...
bermula dari hari aku telefon ibu...

aku: assalammualaikum...ibu, pasport wa dah tamat tempoh ke?
ibu: rasanya dah...sebab hari tu buat untuk 2 tahun je... kenapa?
aku: ohh... macam ni...course wa ada buat outbound ke Jakarta bulan 6 nanti...lepas habis exam...boleh tak wa pergi?
ibu: ohhh...kalau dah pasal belajar, pergi je la...lagipun Jakarta je pun...yang kamu cakap Australia tu bila?
aku: yang tu tak sure lagi...tengah memikir...
ibu: ok..so nak renew pasport la ni?
aku: haah...nanti bulan 4, wa balik cuti midsem...kita settlekan la pasal pasport tu...
ibu: ok...

ok start dari hari tu...
banyak gila program yang berlangsung bertindih tarikh dengan tarikh aku nak pergi Jakarta tu...
tiba-tiba Sarah (Pengarah FESENI 13) boleh bagi nama aku dekat Presiden untuk jadi Pembantu Mahasiswa...
tanpa aku tahu apa-apa...
boleh pulak time tu kawan aku ajak pergi Sabah...
boleh pulak girlfriends tiba-tiba cakap rindu... nak jumpa...tapi hanya free bulan 6...
and aku sendiri terfikir, kalau aku join semua ni, adik aku Humaira yang baru 4 bulan tu, ada kemungkinan besar untuk tak kenal aku tu sangat besar...
pasal apa?
pasalnya kakak dia yang no 2 ni hanya balik seminggu dalam 6 bulan...
teruk tak teruk???
dilemma tahu? dilemma?
 takut jugak aku, aku balik, panggil Humaira....... dia boleh buat muka dekkk je...
lagi tambah parah...dia siap menangis menjerit-jerit sebab tak kenal....
dalam hati dia mesti cakap macam ni
'eh siapa pulak si gemuk ni?'
HAHA...

kalau diikutkan kata hati, memang aku akan pergi Jakarta la...
sebab dapat timba ilmu dan pengalaman...
tapi kalau jadi Pembantu Mahasiswa pun dapat timba ilmu dan pengalaman jugak...
bezanya sama ada akademik atau kokurikulum...
tak dinafikan la...jadi PM boleh tambah sijil..sebab zaman sekarang minta kerja, no 2 dorang pandang adalah tahap keaktifan kita dari segi kokurikulum...
kalau cgpa 4.00 pun tapi duduk terperap dalam bilik, orang yang cgpa 3.00 tapi aktif gila...join macam-macam tu jugak yang diterima kerja...

so macam mana ni?
macam mana?
aku percaya, Sarah tak akan bagi nama aku sekadar main-main...
mesti dia percaya yang aku mampu jadi PM...
haihhhhhhh ~sigh~
what can i do???
what should i do?
what suppose i do?
anyone can give me some opinion??
please.......
 

Tak Pasti

aku ni ada satu perangai yang aku sendiri tak tahu diwarisi dari siapa...
aku suka berfikiran NEGATIF... terlalu NEGATIF...
apa sahaja yang berlaku dalam hidup aku ni, aku akan kaitkan dengan benda-benda yang NEGATIF dulu kemudian barulah menjadi POSITIF...
jangan tanya aku kenapa.. sebab aku tak ada jawapan untuk soalan tu...
mungkin ramai yang akan cakap, 'apa kata kau cuba ubah, jangan fikir negatif sangat'
yup...aku pun nak ubah...macam-macam aku buat...macam-macam aku cuba...
hasilnya pasti ZERO... tetap negatif...
aku ingatkan dulu perangai aku ni dah hilang...
tapi baru-baru ni aku sedar, still ada rupanya... haihhhh
and lagi menyedihkan perangai ni membuatkan kepala aku kusut..serabut...berselerak...bersimpul...ok cukup
aku bagi contoh situasi la...

si A ni minat dengan seorang lelaki ni (si B)...
tapi si B ni langsung tak nampak kewujudan si A...
kemudian si A sedar yang dia tak akan mampu untuk memiliki si B...(kat sini dah negatif dah...belum cuba dah cakap tak kan dapat)
si A buat keputusan untuk melupakan si B...
dalam sedang cuba untuk melupakan si B, muncul si C...
si A tak pernah suka pun dengan si C ni...
tp perwatakan yang si C ada, si A rasa kagum....
dalam hatinya 'tak la teruk sangat si C ni...ok je aku tengok' (sini pun negatif...belum kenal dah pandai-pandai judge)
tapi tapi tapi... tak ada la sampai satu tahap si A ni jatuh cinta pada si C...
sebab rasa sayang dia pada si B masih menebal...
tapi cara, gaya, bahasa badan yang ditunjukkan si C pada si A menunjukkan si C berminat pada si A...
tapi tapi tapi si A buat-buat tak perasan...
sebab dia fikir, mustahil la ada orang suka dengan aku (sini lagi sekali negatif, belum tanya dah pandai-pandai buat spekulasi)

ni nak start dah cerita yang mengusutkan kepala anda semua 
(konfiden je tulis anda semua...macam ramai pembaca blog ko ni...eh ter'negatif' lagi...ahakhakhak)

si A syak si C dah tau yang si A suka si B...
si A rasa malu sebab takut si C bagitahu dekat semua orang(padahal si C ni tak ada nak canang pun cerita si A)
si A ni pulak, rasa macam 'eh ruginya aku'
pasal apa rugi??
sebab kalau betul la si C ni sukakan si A, tapi si C tau si A suka org lain....
so that si C ni tak akan terus teranglah dekat dia, yang si C ni suka pada si A...
sebab si A ni fikir, si C mesti tak akan cakap dia suka si A sebab tahu si A mesti akan reject si C, sebab si A suka orang lain, bukannya suka pada si C...
faham kan?faham kan?faham kan?
tak faham padan muka...lalalala
so sekarang hidup si A dalam dilema...
sama ada dia nak terus terang pada si B yang dia suka si B 
ATAU
si A nak tanya je direct pada si C, betul ke si c suka dia

dekat sini aku nak cakap la...betapa complicatednya aku ni berfikir....
negatif je memanjang...
kan senang kalau aku fikir macam ni...

si C ni anggap aku kawan...
mungkin dia nak tolong aku dapatkan si B...
so tak akan ada isu rugi ke, apa ke....
settle kan???


 


 

Cinta tu pasti ada... yang penting kita sabar menantinya


Assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”

“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”

_________________________________________________________________________

selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”

p/s: entry dari draft...tak ingat entah bila aku taip...wakaka

nyanyi jum!!