BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator
Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

9 Dec 2012

Mr. M.A heheheh

Perempuan : saya tidak layak untuk awak.

Lelaki : Kenapa?

Perempuan : Awak dari kalangan orang baik-2.. Sedangkan saya tidak.

Lelaki : Saya dan Tuhan selalu memandangmu, apa lagi?

Perempuan : Awak pintar, awak ada banyak peminat.

Lelaki : Peminat? Saya tidak perlukan mereka, saya hanya perlu pendamping dan pembimbing untuk anak-anak saya kelak.

Perempuan : Saya juga tidak terlalu arif dalam ilmu agama.

Lelaki : Kita boleh mendalaminya bersama-2, itu tanggungjawab saya membimbing awak.

Perempuan : Saya tidak cantik. Tidak seperti mereka.

Lelaki : Tuhan marah mendengar perkataan awak tadi. sebab itu saya memilih awak kerana awak tidak menggunakan kesempatan atas kecantikan awak.

Perempuan : awak ini kenapa? kan saya kata saya ni tidak layak untuk jadi isteri awak, kita ibarat bumi dan langit. Terlalu banyak perbezaan.

Lelaki : Perbezaan tu yang akan membuat kita lengkap.

Perempuan : Awak terlalu sempurna.

Lelaki : Belum. Tapi akan sempurna jika awak ada.

Perempuan : Cukup. Saya tidak mahu dengar lagi.

Lelaki : Seribu kuntum bunga pun tak mampu membuat awak berlembut juga?

Perempuan : Temuilah wali saya. Itu lebih berharga dari seribu bunga dan ungkapan cinta awak, jika awak benar inginkan saya, assalamualaikum..

8 Nov 2012

Ya Allah



Suatu malam, sebelum tidur si anak bertanyakan ayahnya.

Anak: "Ayah, boleh tak adik update facebook dari dalam kubur?"
Ayah: "Tak boleh sayang.."
Anak: "Kalau adik nak update juga?"
Ayah: "Tak boleh. Kalau facebook boleh diupdate dari dalam kubur setelah mati, mungkin ini statusnya:

1. "Allahurobbi! Besarnya ular! Banyaknya kepala dia!"
2. "Ya Allah! Lipan banyaknya! Kala jengking besar-besar!"
3. "Allah! Mak abah tolong!! Tolonglah keluarkan daku dari tempat yang menakutkan ini!"
4. "Arghhhhhh! (tulang rusuk kanan bersatu dengan tulang rusuk kiri dihimpit bumi kiri kanan)"
5. "Ya Allah! Sakitnya tidak terperi lagi dipalu malaikat-malaikatMu ini..aku bertaubat Ya Allah..ampunilah daku!"
6. "Ya Allah! Panas membakarnya seluruh tubuhku ini! (tubuh dipanggang)
7. "Ya Allah! Gelapnya di dalam kubur ini...takuttt..."
8. "Ya Allah! Kembalikanlah aku ke dunia! Aku berjanji akan taat!"

Adik: "Boleh tak kembali ke dunia setelah mati?"
Ayah: "Sesungguhnya sudah tidak ada peluang kedua lagi apabila jasad telah terpisah dari roh. Merayulah keluar air mata darah sekalipun, tidak lagi akan dikembalikan ke dunia."
Adik: "Hmmmm..jadi tak bolehlah update ya.."
Ayah: "Ya tak boleh. Update facebook tidak perlu. Update iman dan akhlak sangat perlu. Update ilmu al-Quran juga perlu. Mereka yang lalai dengan facebook akhirnya akan update status-status seperti ayah ceritakan tadilah. Orang-orang yang melebihkan facebook, twitter melebihi Tuhannya, akan mengalami situasi-situasi tersebut. Adik mahukah begitu?"
Adik menggeleng-geleng kepalanya seraya menyerahkan iPad kepada ayahnya.
Adik: "Ayah simpanlah benda ni. Adik tak perlukan. Esok ayah tolong carikan adik tempat belajar Quran ya. Adik nak belajar mengaji."

Ayah tersenyum memeluk anaknya. Mengucup lembut anaknya. Moga jadi anak yang soleh hendaknya. Amin :-)

14 Oct 2012

seriously makin BENCI

aku dah semakin menyampah...
selama ini aku bersabar je... tak pernah sikit pun tinggikan suara or sound ko depan orang...
kali ni aku dah tak boleh nak cope perasaan geram, menyampah dengan kau....

first-first kenal kau dah berlagak itu ini...
kau berlagak sebab kau budak pandai... (yelah orang lain tak pandai la masuk UM ni)
kau bajet kau tidur and makin paling sikit... orang lain teruk...kau paling baik....

aku tak suka perangai kau yang suka merendah-rendahkan kemampuan orang lain...
tolong lah sedar sikit... awak tu hebat sangat ke? sempurna semua?
jangan sampai satu hari nanti Allah tarik semua nikmat yang kau ada sekarang....

benda yang paling aku tak suka tentang kau is...
kau suka pakai barang orang lain buat macam hak milik kekal kau kan...
kau suka mintak kebenaran nak pinjam sekali, then lepas tu kau ambil benda tu suka-suka hati bila-bila masa kau nak pakai...
then letak dekat atas meja kau macam dah tak reti nak pulangkan balik...
WHAT THE????

tolong lah berubah...
aku makin rimas, menyampah but...
please jangan bagi aku cakap aku BENCI kau...
aku punya BENCI bukan main-main punya...

p/s: maaf... aku dah tak boleh tahan lagi


12 Oct 2012

apa salahnya

apa salahnya, kita ucapkan terima kasih bagi orang yang sampaikan apa-apa maklumat pada kita....
ni tak...
tuduh menipu lagi... kesiannya orang tu...

apa salahnya, kita ucapkan terima kasih selepas seseorang tu dah sampaikan maklumat yang penting pada kita...
ni tak....
dah tahu maklumat, blah macam tu je... (bukan lapar ucapan TERIMA KASIH tu, tapi belajarlah hargai orang lain)

apa salahnya, kita ucapkan terima kasih selepas seseorang tu dah tolong kita lakukan something walaupun benda kecil....
ni tak....
sebab dia tak rapat dengan kita, dia tak ada yang special buat kita, kita buat-buat tak tahu je lepas dia dah tolong...

MAHALNYA UCAPAN TERIMA KASIH AWAK

Walhal, ia hanyalah sekadar dua patah perkataan, terima kasih, dan rasanya tidak memerlukan pergelutan lidah bagi menyebutnya.    

p/s: semoga ianya juga menjadi pengajaran kepada aku.. :-)

9 Oct 2012

terharunya 'kawan'


7 Oct 2012

rasa malu secara tiba-tiba

hari tu nak dijadikan cerita...
lepas solat zuhur..
aku dan kawan-2 pergi la jalan-jalan mengintai apa yang best dekat gerai konvo sempena convocation day ni...
habis lepas sembahyang nak pakai tudung...
tudung pulak buat spoil mood aku...
menggelembung sana-sini...
tension gila bapak la...

pemudah cerita dan kerjanya...
aku sarung je tudung tu...
bulat pun bulat la...
then aku selempangkan tudung tu... (masih menutup dada)
ok jom jalan...

tengah syok jalan-jalan...
aku rasa macam lain macam sangat dgn tudung aku...
tunduk bawah
tengok-tengok tudung aku dah TERnaik keatas...
akibat tertarik dengan beg yang aku sandang...
penat la aku menarik-narik tudung tu nak melabuhkannya...

sekali dah fed up...
aku jalan je buat-buat muka confident...
padahal rasa tak selesa sangat dengan keadaan tudung tu...
rasa malu nya Ya Allah...
padahal macam la ada orang tengok kan... huhhhh....
teruknya aku...
pasal tudung pun boleh jadi malu tak tentu pasal...


mesti korang nak tgk keadaan tudung aku yang membuatkan aku malu sepanjang perjalanan aku dari fakulti Pendidikan sampai la ke Dewan Tunku Canselor tu...
nak ambil ni..

 malu tutup muka....
maaf.. tudung saya singkat...

mungkin lain kali aku akan lebih ambil berat pasal tudung...
kerana penampilan kita menunjukkan perwatakan kita

28 Sept 2012

kami :)


4 Sept 2012

akhirnya!!!!

start dari bulan september tahun lepas...
lepas masing-masing sibuk dengan perkara yang nak diselesaikan untuk mendaftar ke universiti masing-masing...
sampai lah september tahun ni...
baru JUMPA balik...
fiuhhhhh.... banyaknya halangan dan cabaran nak jumpa dengan korang...
mungkin Allah sengaja melambatkan pertemuan antara kita bertiga untuk bagi kita cukup-cukup-cukup rindu antara satu sama lain... (kot..HAHA)

at last...jumpa jugak selepas banyak kali plan tak jadi...
nasib baiklah line clear je malam tu...
kalau tak mesti tak dapat jumpa lagi...

letak je punggun masing-masing atas kerusi...
masing-masing ada macam-macam cerita nak dikongsikan...
bab gelak kalah langsuir tu WAJIB ada ok...
HAHAHAHA...

gosip?? mesti lah ada... tapi tak ada mengata/kutuk orang ok...
kami budak baik-baik...
kalau ada pun duduk cakap benda-benda betul je...
(walaupun) HAHAHA...
rindu korang sangat

21 Aug 2012

tolonglah REBUT!!!

sebelum terlewat... aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...
HALALKAN SEGALA MAKAN MINUM...
( sorry tak ada duit raya... sebab eden pun tak dapat duit rayo... uhukkk)

berbalik kepada tajuk entry diatas...
tolonglah REBUT...
nak REBUTkan apa ni?
jom baca...

memandangkan dah raya ketiga ni...aku tengok ramai je yang upload gambar-gambar dipagi raya...
macam-macam gaya, ragam dan warna....
tapi kenapa tak kita tapis dulu gambar-gambar raya tu sebelum kita upload dalam mana-mana laman sosial...
mungkin ada yang akan jawab 'suka hati aku la... gambar aku... kau sibuk kenapa?'..
terpulang la...
niat aku nak berkongsi ilmu, mana tau kalau-kalau ada yang boleh fikir-fikirkan balik apa yang aku tulis ni...dia rasa betul then dia ubah... kan?
cuba tengok balik... dalam banyak-banyak gambar raya tu...
adakah kesemuanya menutup keseluruhan aurat kita? ( sama ada lelaki atau perempuan)
tudung tu.. cukup labuh tak untuk menutupi bahagian dada?
baju tu jarang tak?
baju tu tutup badan atau balut badan?
check balik cepat...
kalau ada macam yang tak kena tu... delete la cepat...
REBUT cepat masa yang ada ni...sebelum orang lain tengok aurat kita...
satu lagi hal yang makin pening kepala aku tengok...
makin ramai rakan-rakan sebaya aku yang makin jauh dari Allah...
 ramai yang berpeluk-pelukan dengan pasangan masing-masing tanpa sebarang pertalian halal....
kenapalah ramai yang berebut nak berpeluk-peluk, berpegang-pegang, berebut nak buat dosa daripada beREBUT nak cari pahala....
aku ni bukannya baik sangat pun sampai langsung tak buat dosa....
tapi aku bersyukur sebab aku diberi akal fikiran yang waras untuk aku fikir mana halal dan yang mana haram...
so tak mustahil kalau rakan-rakan sebaya aku tak boleh berfikir benda yang sama....
walaupun tahap kognitif kita tak sama, tapi sekurang-kurangnya hampir sama....
aku tak paksa korang semua ikut apa yang aku buat...
sedangkan islam sendiri tidak memaksa hamba-hambaNya inikan pulak aku yang entah siapa-siapa ni...
tapi tinggi harapan aku sekiranya rakan-rakan aku yang 'follow' blog aku ni... 
kita sama-sama ubah apa yang patut kita ubah...
REBUT apa yang patut kita REBUT....
kongsi apa yang patut kita kongsi....
untuk menjadi MUSLIM/MUSLIMAH sejati... amin
so tunggu apa lagi...
jom REBUT sebab masa dah semakin mencemburui kita...

sekali lagi aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...
maaf sekiranya ada yang terguris hati tambah-tambah selepas baca entry ini...
maaf sangat...






17 Aug 2012

ingat!!


kenapa?

kenapa orang lain boleh je nak bersuka-suka dengan kawan-kawan tapi aku tak boleh?

kenapa orang lain boleh je happy tiap-tiap hari tapi aku tak boleh?

kenapa orang lain langsung tak ada gundah dihati sedangkan aku gundah gulana?

kenapa orang lain boleh hidup bahagia tapi aku tak?

kenapa orang lain boleh berjaya dalam hidup tapi aku tak boleh?

kenapa orang lain boleh dapat kerja yang bagus-bagus tapi aku tak boleh?

kalaulah perkataan kenapa tu tak wujud... agaknya boleh tak aku capai apa yang orang lain ada....

semuanya bermula dengan perkataan 'kenapa'

dengan perkataan kenapa tu lah yang akan membuatkan kita sedar akan kekurangan kita...

dan cuba untuk membanding diri dengan pencapaian orang lain...
(saingan sihat)

KENAPA orang lain BOLEH, aku tak BOLEH??

senyum atas segala yang Allah berikan

kadang-kadang aku terfikir, kenapalah perjalanan hidup aku tak seindah perjalanan hidup orang lain....

~sebab tu la wujudnya pepatah 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'

1 Aug 2012

semangat mana?

|| waktu zaman kecil-kecil dulu... ||
|| kalau time puasa je... ||
|| dalam hati dah seronok nak raya... ||
|| dalam kepala dah fikir pasal baju raya, kasut raya, duit raya.... ||
|| lagi 2 minggu nak raya dah sibuk bertanya, bila nak buat kuih raya.... ||

|| tapi.... sekarang..... ||
|| aku sendiri pun dah susah nak faham diri aku ni sendiri (kadang-kadang) ||
|| tahun 2012 ni bagi aku sangat pelik dan aku rasakan hidup aku tidak keruan ||
|| macam ada sesuatu yang tak cukup, atau terlebih cukup, atau ada benda yang..... ||
|| aku sendiri tak tahu nak cakap dan bagitahu apa, macam mana... ||

|| mula je 1 ramadhan hari tu ||
|| errmm... rasa semangat sangat ||
|| berkobar-kobar semangat nak pergi tunaikan solat terawih setiap malam ||
|| tapi bila dah masuk tengah Ramadhan... ||
PLUUPPPPP!!!!

|| semangat aku dah hilang entah kemana ||
|| hari-hari hati rasa sayu ||
|| tiap-tiap hari rasa nak menangis je ||
( sampaikan sanggup bukak cerita-cerita yang sedih semata-mata nak 'menangis')
|| aku sendiri pun tak faham ||

|| semangat nak raya langsung tak ada ||
|| semangat nak raya memang tak ada, langsung tak ada, hilang! ||

|| Ya Allah Ya Tuhanku... tidak ada apa yang aku inginkan...cuma SATU ||
|| sembuhkan ibu ku seperti sediakala... seperti dia yang dulu... ||
|| cuma itu yang ku pinta Ya Allah ||
|| cuma itu ||

 Amin Ya Rabbal Alamin...

# hari paling bersejarah... sebelum ini tak pernah update blog sambil menitis air mata....
( bukan minta simpati )

# kepada sesiapa yang membaca blog aku ni... aku mohon doakan kesembuhan ibu kesayanganku... Terima Kasih...




29 Jul 2012

Bertunang

semoga Allah permudahkan dan melancarkan majlis pada hari itu...
Amin

25 Jul 2012

Selamat Ulang Tahun

selamat ulang tahun kelahiran yang ke-21 buat hanis aziman....

semoga hidup ko akan selalu diberkati oleh-Nya... inshaAllah...

inshaAllah aku akan sayang ko sebagai sahabat aku, sampai ke hujung nyawa...

siapa sangka, dulu kita langsung tak pernah bertegur sapa antara satu sama lain, tapi sekarang kita dah jadi kawan baik.... kawan paling baik...

aku harap hubungan kita sebagai kawan tidak akan terputus sampai bila-bila....

sekali lagi aku ucapkan... selamat hari jadi....

# nak bagi hadiah apa ye??


23 Jul 2012

berhenti menilai orang terburu-buru

Hari ini dia mungkin tidak bertudung, esok lusa mungkin dia adalah yang paling IKHLAS menutup auratnya…

Hari ini dia mungkin seorang yang kaki mencarut, esok lusa mungkin dia adalah yang paling LEMBUT bicaranya…

Hari ini dia mungkin seorang yang ingkar kepada Allah SWT, esok lusa mungkin dia adalah yang paling istiqomah melaksanakan QIYAMULLAIL kala kita semua sedang lena…

Kita tidak pernah tahu dan tidak akan tahu. Tugas kita bukan me’neraka’kan orang. Tetapi…mengajak manusia ke jalanNYA dan saling doa mendoakan….

Jangan HINA permulaan seseorang..kerana kita TIDAK tahu bagaimana pengakhiran nya.. :)

senang bukan??


mereka tidak mahu mengumpul dosa ber'couple'

makanya terbinalah satu lagi masjid...

semoga mereka bahagia hingga ke Jannah.. amin

Ya Allah Ya Tuhanku

" ..Wahai Tuhanku, kau ilhamkanlah kepadaku supaya bersyukur atas nikmat-Mu yang telah engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal salih yang Engkau redhai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang Islam yang tunduk patuh kepadaMu.. "

Surah al-Ahqaaf ayat 15

aku tahu Kau selalu ada bersamaku...


Merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Mensyukuri segala nikmat
Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan
Tuk berpegang pada jalan
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku
Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu

Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu
Ku adaMu selalu
Kerna kau yang satu
Yang setia bersama ku

Dikala ku jatuh ku bangkit kernaMu
Ku tahu ku adaMu disisi ku selalu
Bantulah hambaMu mencari keredhaanMu
Ku tahu ku adaMu

Ku adaMu selalu
ku merenung ke luar jendela
Melihat kebesarannya
Walau penuh dengan cabaran
Ku tahu ku adaMu Tuhan

# semoga Allah akan sentiasa ada dalam hati kita semua... Amin

muhasabah diri

apa guna ada sijil 
|| Diploma ||

|| Ijazah ||

|| Master ||

|| PhD ||

andai ilmu agama tidak ada...
 bekalan di akhirat itu lebih memberi manfaat dan yang akan menyelamatkan kita dari panas api neraka...

semoga Allah mempermudahkan...

semoga Allah mempermudahkan segala urusanku dan juga sekuruh ahli keluargaku....
Amin...

# Allah menduga Hamba-hambaNya mengikut kemampuan Hamba itu sendiri...

22 Jul 2012

kan bagus!!!

sweet je bila tengok kan...

|| siapa kata tak sweet bila tengok pasangan suami isteri yang berpakaian macam ni.... ||
|| kenapa mereka boleh, kita tak boleh??? ||
|| kan lagi berkat kalau kita suka kan seseorang tu, kita terus halalkan... ||
|| tak payah lah nak kumpul dosa banyak-2... ||

# diri ini juga sedang cuba memperbaiki diri ini menjadi sebaik-baik Hamba-Nya...
# sesi muhasabah diri

18 Jul 2012

bukan niatku

entri ni ditulis bukan lah sebab aku ni baik sangat atau pandai sangat...
tapi rasanya benda ni tak lah susah sangat kalau nak difikirkan secara logik akal...
budak-budak tadika pun boleh fikir....

tak ke korang semua terfikir... 'eh salah apa yang aku buat ni'...
|| berpeluk-pelukan dengan orang yang bukan mahram kita ||
 
|| duduk berdua-duaan ditempat sunyi dan gelap ditemani SYAITAN ||

|| pakai pakaian yang hanya membalut badan kita yang sepatutnya menutup bukan membalut ||
 
|| memakai tudung dalam islam adalah wajib... tapi pernah tak terfikir... 'adakah cara pemakaian tudung aku ni memenuhi syariah Islam??' kan manis je kalau tudung tu dilabuhkan buat menutup aib kita sendiri... mesti semua wanita pun tak suka kan kalau ada lelaki memandang dada kita kan?? so apa tunggu lagi.. tutuplah ||
 
 || rasanya ramai yang dah tahu.... ber'couple' itu haram... tapi kenapa masih buat-buat tak tahu?? ||
 
|| dan korang tahu tak?? selama ini korang selalu kumpul dosa free hasil zina hati yang korang buat secara sengaja atau tidak sengaja??? tak tahu zina hati tu apa??? zina hati adalah bila korang memuji seseorang yang bukan mahram kita cantik/handsome... sekarang dah tahu kan??? jangan buat dah ye ||
 
|| opss mesej atau ber'calling-calling' dengan lelaki yang bukan mahram dalam keadaan yang menghairah kan atau bercakap mengenai perkara-perkara yang boleh menghairahkan juga adalah salah satu dari zina hati... jangan buat ye kawan-kawan ||
 
 
# aku bukan nak berlagak pandai atau baik... niat dan tujuan aku untuk berkongsi ilmu... tak salah kan kalau kita berkongsi ilmu... 

# maaf kalau ada pihak yang tersinggung dan tidak suka entri ini... maaf dipohon... sepuluh jari disusun...

# semoga kita sama-sama belajar untuk menjadi muslim yang sejati... inshaallah.. Amin

CINTA

jangan la lepas korang baca apa yang aku tulis ni... 
korang terus maki hamun aku pulak ye...
ini huraian CINTA bagi versi aku la...
memang aku tak kata pun apa yang aku tulis ni semuanya betul...
tapi sesetengahnya betul jugak...
so korang harus janji....
jangan maki hamun aku ye...
#taubat#

CINTA
C.I.N.T.A

"aku tidak perlukan seorang lelaki untuk menemani hidupku"

bunyinya seolah-olah tekad untuk hidup sendirian...
wahai kaum Adam dan Kaum Hawa...
ketahuilah bahawa.....

|| tidak ada wanita yang tidak memerlukan lelaki dalam hidupnya||
||jika benarlah ayat diatas diungkapkan oleh seorang wanita, ianya mungkin kerana pernah disakiti dan dilukai hatinya||
|| namun percayalah... jauh disudut hatinya, ia mengharapkan bahawa akan ada seorang lelaki yang mampu menemaninya, menyayanginya, mencintainya sepanjang hayatnya||

walau betapa kerasnya seorang wanita  itu mengungkapkan " aku tidak perlukan lelaki"....
|| percayalah ianya hanya ungkapan dibibir, tetapi bukan dari hatinya||
||wanita sememangnya dijadikan sebagai insan yang memerlukan perhatian, dimanja, dibelai, dikasihi||
 ||tetapi jangan lupa bahawa wanita juga dijadikan untuk melengkapi hidup seorang lelaki... bahkan Hawa juga dijadikan oleh Allah untuk menjadi peneman setia disisi Nabi Adam||


*akan bersambung~~~~

InshaAllah


saya Najwa Fitriah dengan ini berjanji....

untuk memperbaiki diri kepada yang lebih baik....

untuk menjadi anak yang solehah....
menjadi pelajar yang cemerlang.....
menjadi muslimah yang sejati....
menjadi hamba-Nya yang setia....
menjadi insan yang berilmu, berbakti, bertoleransi, dll...

InshaAllah... amin


15 Jul 2012

pegang pada ini!!!

 
being single doesn't mean you're weak,
it means you're strong enough to wait for what you deserve..

pills

di tangan aku kini tersemat empat plastik yang terkandung
UBAT-UBATAN yang sangat banyak dan berwarna-warni

~biar betul aku nak kena makan semua ni...??~

13 Jul 2012

entry jiwang ku...

Ya Allah....
Kau peliharalah hati hamba-Mu ini Ya Allah...
Kau kurniakan hamba-Mu ini kekuatan hati dan jiwa untuk menepis segala bisikan syaitan...

Kau peliharalah juga hati ini dari membuat zina dan dosa hati Ya Allah...
jika sudah tiba masa, saat dan ketikanya untuk aku menerima cinta yang dikurniakan dari-Mu untuk ku....
kau datangkan ia dalam cara yang benar Ya Allah...
dan dalam masa itu juga...
janganlah Kau lalaikan hamba-Mu ini Ya Allah...

Amin Ya Rabbal Alamin....

18 May 2012

inshaAllah

mudah-mudahan aku dikurniakan oleh-Nya 
i) kekuatan dalam diri
ii) keyakinan dalam diri
iii) kerajinan
iv) ketekunan dan fokus yang baik
v) kesejahteraan, kebahagiaan, kejayaan

AKU KENA KUATKAN KEAZAMAN DAN USAHA UNTUK BERJAYA DALAM PEPERIKSAAN KALI INI.... amiin...

12 May 2012

BE STRONG!!!!

actually aku bukan berCINTA bagai pun...
saja nak kongsikan kepada korang yang mungkin merasakan diri mereka sedang jatuh cinta kepada seseorang...
tip untuk mengubati perasan mabuk cinta tu...

Ikhlas Kepada Allah
Apabila kita mabuk cinta, satu perkara yang perlu kita ingat ialah cinta itu sebenarnya untuk siapa? Benarkah cinta itu membuatkan diri kita semakin dekat dengan Allah? Benarkah cinta itu tulus kerana Allah? Jika tidak jauhkanlah diri dari cinta yang boleh merosakkan hati.

Berdo’a.
Bukan semua orang mampu menghalang rasa cinta yang kuat dalam hati. Adakala meskipun dihindari, cinta itu semakin datang dan menusuk dalam ke dasar hati. Berdoalah dengan penuh kesungguhan. Hakikatnya Allah jualah yang menanamkan rasa cinta dalam hati kita dan Allah jugalah yang akan menghilangkannya.

Menahan Pandangan.
Elakkan diri dari memandangnya. Usah juga berfikir-fikir tentang dirinya. Hati terjaga, syahwat terpelihara.

Menjauh Dari Orang Yang Dicintai.
Jauhkan diri. Elakkan bertemu dengan dirinya. Menyelamatkan diri dari kerosakkan hati dan maksiat lebih baik dari terus berkawan dengan orang yang bukan mahram kita.

Banyak Berfikir & Berzikir.
Perbanyakkan berfikir tentang dosa dan maksiat yang mungkin berlaku andai kita bersamanya. Sebaiknya berzikir dan sucikanlah hati dengan kalamullah.

Menyibukkan Diri Dengan Hal-hal Yang Bermanfaat.
Sebab mabuk cinta adalah karana kesibukan hati yang kosong. Hatinya akan dipenuhi bayang-bayang kekasihnya. Tetapi ketika ia sibuk dengan hal-hal lain maka cintanya akan pudar, rindunya akan hilang dan akhirnya ia dapat melupakannya.

Menikah, Sebab Pernikahan Itu Mencukupi Segalanya.
Penuh berkah dan menjadi solusi. Jika orang yang dicintainya adalah wanita yang mungkin dinikahinya maka hendaklah ia menikahinya. Jika sukar menikahinya hendaklah memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk memudahkannya. Jika tidak dapat menikahinya karana sebab-sebab tertentu, maka hendaklah ia bersabar dan memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar diberi jalan keluar.

Melawat Orang Sakit.
Mengiringi jenazah, menziarahi kubur, melihat orang mati, berpikir tentang kematian dan kehidupan setelahnya.

Senantiasa Menghadiri Majlis Ilmu.
Duduk bersama orang-orang zuhud dan mendengar kisah-kisah orang soleh.

Kuatkan Semangat, Jaga Solat.
Dengan cara membuang rasa putus asa disertai dengan keinginan keras untuk dapat menundukkan hawa nafsu. Selalu konsisten menjaga solat dengan sempurna. Menjaga kewajiban-kewajiban solat, samada kekhusyukan dan kesempurnaannya secara zahir dan batin.

Menjaga Karisma Diri.
Agar tidak jatuh kepada kedudukan yang hina dina, tidak jatuh dalam perbuatan yang tercela dan segala bentuk yang dapat menghalang kemuliaan. Orang-orang yang memiliki harga diri tidak akan mudah terpengaruh dengan nafsu. Belajarlah dari kisah yang telah menimpa ramai orang. Di luar sana ramai manusia yang pandai, mulia dan disegani akhirnya dihina kerana kalah dengan nafsu sendiri.

Menjaga Kemuliaan Diri, Kesucian & Menjaga Kehormatannya.
Hal ini akan membuat seseorang jauh dari perkara yang akan meruntuhkan harga dirinya ataupun yang akan menjatuhkan martabatnya.

Membayangkan cela yang terdapat pada diri orang yang dicintainya.
Ibnul Jauzi rahimahullah berkata: “Sesungguhnya manusia penuh dengan najis dan kotoran. Dan orang yang dimabuk dengan cinta melihat kekasihnya dalam keadaan sempurna. Karana cinta, ia tidak dapat melihat aib kekasihnya. Sebab hakikat segala sesuatu dapat disingkap dengan timbangan yang adil. Sementara yang menjadi penguasa atas dirinya adalah hawa nafsu yang zalim. Ia akan menutupi seluruh cela hingga akhirnya orang yang dilanda cinta melihat kekasihnya yang jelek menjadi jelita.”

Fikir Bahawa Diri Akan Ditinggalkannya.
Samada ditinggal kerana mati atau ditinggal pergi tanpa keinginannya atau ditinggal karana sudah bosan.

Memikirkan Akibat Perbuatannya.
Orang yang berakal adalah orang yang dapat menimbang apakah cintanya itu akan melahirkan kenikmatan ataupun kesengsaraan.

Meyakini Keutamaan Ujian Hidup.
Hendaknya orang yang ditimpa ujian seperti ini mengetahui bahawa ujian hidup merupakan sebab munculnya nilai keutamaan seseorang. Jika dia bersabar maka akan tampaklah keutamaannya, sempurnalah kemuliaannya dan darjatnya akan meningkat ke tahap yang lebih tinggi.

Berfikir Kerugiannya.
Memikirkan betapa banyak hal-hal yang bermanfaat menjadi luput disebabkan kesibukkan diri dengan cinta seperti ini. Orang-orang yang mulia lebih mengutamakan santapan akalnya dan amalannya.

Mengambil Pengajaran Dari Kisah Orang Yang Mabuk Cinta.
Bagaimana derita yang mereka tanggung. Bagaimana hidup mereka yang dikucilkan oleh masyarakat. Betapa hancur segala urusan dunia dan akhirat mereka. Bandingkanlah orang-orang yang menghabiskan hidup untuk cinta buta dengan orang-orang yang memiliki cita-cita yang tinggi dan luhur dan keinginan yang kuat.

senyum je yang mampu

rupanya dia sebaya dengan aku je...

macam mana lah aku boleh kata dia bawah aku setahun...

what ever la...

kau 21 tahun ke...

20 tahun ke...

19 tahun ke...

44 tahun ke...

tak ada kena mengena dengan aku...

aku sendiri pun tak faham apa-apa dah ni...

kau nak apa dari aku woi??!!!

MENYAMPAH!!

11 May 2012

saya rindu!!!

i wish....
 i can.....
 see them....
 in front of....
 my eyes....
right now....

9 May 2012

kesiannya

kesiannya saya dekat awak..
disebabkan saya, awak jadi tak tentu arah kan??
saya cuma nak bagitahu, yang saya perasan/syok sendiri je...
so just ignore me ok!!?
 

kuat perasan

HAHAHA... kelakar lah kau ni...

bapak perasan nak mati...

ok...

BYE!!!

sedar diri

cukuplah untuk aku rasakan apa yang tidak kau rasakan....
cukuplah untuk aku pandang yang bukan hak aku....
cukuplah dosa mata yang aku telah kumpul selama ini...
cukuplah..cukuplah..cukup...
kenapa hanya kerana satu-dua-tiga-empat- pandangan, aku telah meletakkan satu pemikiran yang memang tak masuk diakal...
siapalah aku untuk kau puja...
siapa aku?? siapa???

SILA SEDAR DIRI YANG KAU HANYA 'PERASAN'....
cukup!!!!!!!!!!!!!!!!
 

25 Apr 2012

W.E.E.C.K.A (sila susun sendiri kalau nak tau)

WEECKA nya aku...
tak sangka masih ada yang berfikiran kolot...
masih ada yg buyers...
kau dengan negeri kau..
aku dengan negeri aku...
kenapa kena wujud semua benda yang macam ni..
kita kan semuanya 1 malaysia...
tinggal di dalam satu negara yang harmoni...
hmmm...
moga Allah membuka hati-hati mereka ini untuk menerima kelompok kumpulan yg lain dalam diri mereka.. AMIN...

27 Mar 2012

24 MAC yang tak akan dilupakan seumur hidup... :)

~the best moment ever~

aku tak sangka bahawa usaha, pengorbanan dan penat lelah kami terbayar dengan bergemanya suara pengacara pada malam tersebut mengumumkan bahawa BORIA BESTARI menyandang NAIB JOHAN( kali pertama menghantar pasukan BORIA)

latar belakang tentang ahli BORIA BESTARI:
1. Encik Muhammad Rahimi selaku jurulatih, sahabat, pendengar yang setia dan penyuntik semangat kami :)
2. Kak Moon selaku pengurus dan akak sulung Boria
3. Afiq Azhar selaku pengajar yang shempoiiiii
4. Encik Tekong ( Amirul) tekong kami yang sangat gempak, suara errmmm boleh laahhh.... hahahaha (gurau)
5. Mamu Jarum mamu.....mamu.....mamu.... errrr... tak tahu nak tulis apa.. hahaha (ampun nohh)
6. Atoi yang Baik pemegang bunga mangga kami... tak ada dia, sunyiiiii..... (bunyi cengkerik di tengah malam)
7. Encik Neal Izham Monavie selaku pemegang bendera dan juga Pengarah FESENI 2011/2012...( sangat humble orangnya)
8. Gadis Cantik & Gadis Anggun selaku pemegang bunga telur paling versatil.... wakakakaka.... (telur-telur tu da da da)
9. Yus saya bangga dengan dia, sebab dia menari sangat lembut
10. Nazirah sailor paling tinggi lampai
11. Ummi awak sangat comel... (lepas ni adik balik sekolah balik ok, banyak hari dah adik ponteng sekolah.. :-p)
12. Fatin ok dia pun saya salute sebab nasyid pun dia masuk, boria pun dia masuk :)
13. Azam tanpa kau kan... sunyilah Boria... (Azam kau jangan risau, rahsia kau dengan aku selamat sejahtera)
14. Zaid first time aku tengok dia ni... ALAMAK.. takut... tapi dia sangat okay!!! 
15. Bad kau boleh buat buku untuk falsafah-falsafah kau la... then bagi free dekat sorang satu budak-budak Boria.. kahkahakah
16. Naufal neelofa????
17. Naz kau tak payah nak tulis-tulis... diam sudah!
18. Farid thanks.... jasamu dikenang!!
19. Liyana weyhhh aku dah cover ang banyak dah... tak nak belanja makan ke?? hahahah
20. T-rex penonton dan penunggu setia kami... thanks T-rex...

p/s: maaf bagi sesiapa budak Boria atau yang pernah membantu kami (BORIA BESTARI) yang tidak ditag disini.... terima kasih diucapkan.... :)

:)

DIA yang berkulit sawo matang....
:)

15 Mar 2012

awak!!!

awak kenapa ek???
awak ada benda nak cakap dengan saya ke???
kalau ada awak tanya je la ok...!!!

4 Mar 2012

sedih

terima kasih buat  _ _ _ _ _ _ _...
terima kasih kerana membuatkan aku sedar akan diri ini...
aku tahu aku tidak sebagus mu...
aku tahu aku tidak setarafmu...
tapi itu tak bermakna kau boleh tinggi suara dengan aku..
kau tak ada hak untuk berbuat demikian...
terima kasih sekali lagi....
kerana berbuat aku berkecil hati...
setelah lama aku pendamkan... kali ini aku sudah tidak boleh tertahan lagi...
cukup sampai disini dan hari ini...
jika setiap apa yang cuba aku sampaikan, dan setiap kali itu juga kau meninggikan suara terhadap aku, membuatkan seolah-olah aku bodoh dalam kata-kataku, seolah-olah aku salah, seolah-olah kau betul, kau tahu segala-galanya...
aku tahu kau memiliki pemikiran yang sangat 'positif'... tahniah... tetapi tidak perlu kau gunakan nada suara yang buat aku dan orang disekeliling memandangku BODOH...
terima kasih sekali lagi...
beribu kemaafan aku hulurkan... bukan musuh yang ku cari..
tetapi aku terpaksa manjauhkan diri ku daripada kau...
kerana aku tidak mahu hati ini berkecil lagi...

mulai hari ini, aku hanya akan menegurmu jika ada keperluan...
wassalam...

23 Jan 2012

oh sudah sangat terlambat untuk update....

gambar ini diambil ketika cuti sem hari tu....
aku balik naik apa ye???
hahaha...
let's me announce to everyone....
jeng...jeng....jeng....
aku naik ETS....
ala electric train tu....
seriously memang first time aku naik ETS ni, so agak teruja.....
tambah-tambah pulak kawan aku salah/ 'ter' beli tiket GOLD....
yang di'tiket' tersebut tertulis dan tercatatnya ' MEALS ARE PROVIDE'....
my god... MEALS kot....
memang heaven....
setibanya aku dekat KL SENTRAL, kami agak rushing, sebab hanya tinggal bebrapa minit sebelum ketibaan kereta api tersebut....
rushing punya pasal, makanan untuk lapik perut pun tak beli....
so you guys can imagine, how my stomach condition.... ya allah.... sikit lagi nak kena GASTRIK je... adusss
........................

setelah berada didalam/diatas kereta api tersebut selama 30minit...
barulah ada akak (kununnye macam pramugari tu haa....) tanya apa makanan yang kami nak makan....
they provide3 types of meals on that day... there is nasi lemak ayam, spagetti and mee goreng...
for sure la me n my friend choose 'NASI LEMAK' right??
al-maklum la..... kelaparan....hahaha...
after order, kami pun tunggu la... tunggu... tunggu... tunggu....
sekali ni haa yang terhidang atas meja habaq hangg!!!
tu dia.......
nampak tak?? nampak tak???

sedapnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!!!!
pergghhh.... serious u ollsss.....
sedap gilerrr.....
rasa nak tambah satu lagi....
tapi perut dah kenyang....
uhuhuhuhu....

sampai je nasi lemak ni... kami pun lahap la.....
tanpa sebarang suara yang kedengaran kerana terlalu 'LAYAN'.............
hahaha...
....................................

memang unsangkarable la....
makanan dalam train boleh sesedap tu....
selalunya orang lain duk cerita, makanan dia cikai-cikai je....
sekali hambik hang....
hahaha....
ok la... i think that it for today....
maybe dalam sem ni aku akan kurang update entry-2 baru....
maybe jugak blog aku ni akan menjadi blog yang 'HAUNTED' maybe.... hahahaha
dan mungkin juga akan menjadi kilang menghasilkan sawang, habuk dan debu....
daa....

p/s: please don't miss me....


15 Jan 2012

han.....happy birthday lah!!!

13 Jan 2012

banyaknya dosaku kepada-Mu...


entah kenapa dan mengapa.....
akhir-akhir ni....
ada satu sudut yang terus-terusan berbisik kepadaku untuk aku 
berubah menjadi insan yang bertambah dan lebih baik dari sebelum-sebelumnya....
suara itu kadang-kala membuatkan aku rasa hiba, terhina dan malu dengan diri-sendiri....
aku sedar diri aku jahil tentang ISLAM...
aku akui aku bukan muslimah sejati....
aku akui aku masih terleka dibuai hidup yang penuh dengan duniawi....
subhanallah.......!!!!!
kau berikan aku hidayah-Mu.....
aku ingin menjadi hamba-Mu yang taat akan perintah-Mu....
menjadi anak yang solehah....
menjadi teman yang sejati....
amin ya rabbal alamin...... 

12 Jan 2012

saya sayang kawan-kawan saya!!!!


YA ALLAH YA TUHANKU....
kau berkatilah dan kau terangkan hati ku YA ALLAH untuk menerima apa sahaja yang aku pelajari.....
kau berkatilah aku dan rakan-rakan seperjuangan...
kau berkatilah kami sepanjang kami menuntut ilmu ini YA ALLAH....
kau luluskan kami dengan cemerlang dalam setiap peperiksaan yang kami akan tempuhi sepanjang emnunutut ilmu.....
kau kurniakanlah kami hubungan silaturahim yang kuat YA ALLAH....
aminnnn................


yeeahhh LULUS!!!!

7 Jan 2012

jelous!!!!


jelousnya aku...
haihhhhh!!!!
bila tengok orang kahwin, aku pun duk sibuk nak kahwin jugak...
bila tengok orang bertunang pun aku sibuk nak bertunang jugak...
bila tengok orang bercinta aku pun nak jugak....
bila tengok orang ber'dating' aku pun gatal nak jugak ber'dating'....
tapi kan....................
=
=
=
=
=
=
=
=
dengan siapa aku nak kahwin????
dengan siapa aku nak bertunang????
dengan siapa aku nak bercinta?????
dengan siapa aku nak ber'dating'???

dengan tiang elektrik boleh???
(boleh bha kalau kau!!!!)
hahahah....

ermmmmmm.......
teringinnya aku nak tahu or mimpi siap-siap....
siapalah bakal suami aku nanti....
ada ke???tak ada ke???kat syurga ke???
ermmm.....
E.N.O.U.G.H
itu semua kerja yang maha besar....
Allah s.w.t....


p/s: kita hanya merancang, ALLAH yang tentukan segalanya..... :-)

nyanyi jum!!