BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator
Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

21 Aug 2012

tolonglah REBUT!!!

sebelum terlewat... aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN...
HALALKAN SEGALA MAKAN MINUM...
( sorry tak ada duit raya... sebab eden pun tak dapat duit rayo... uhukkk)

berbalik kepada tajuk entry diatas...
tolonglah REBUT...
nak REBUTkan apa ni?
jom baca...

memandangkan dah raya ketiga ni...aku tengok ramai je yang upload gambar-gambar dipagi raya...
macam-macam gaya, ragam dan warna....
tapi kenapa tak kita tapis dulu gambar-gambar raya tu sebelum kita upload dalam mana-mana laman sosial...
mungkin ada yang akan jawab 'suka hati aku la... gambar aku... kau sibuk kenapa?'..
terpulang la...
niat aku nak berkongsi ilmu, mana tau kalau-kalau ada yang boleh fikir-fikirkan balik apa yang aku tulis ni...dia rasa betul then dia ubah... kan?
cuba tengok balik... dalam banyak-banyak gambar raya tu...
adakah kesemuanya menutup keseluruhan aurat kita? ( sama ada lelaki atau perempuan)
tudung tu.. cukup labuh tak untuk menutupi bahagian dada?
baju tu jarang tak?
baju tu tutup badan atau balut badan?
check balik cepat...
kalau ada macam yang tak kena tu... delete la cepat...
REBUT cepat masa yang ada ni...sebelum orang lain tengok aurat kita...
satu lagi hal yang makin pening kepala aku tengok...
makin ramai rakan-rakan sebaya aku yang makin jauh dari Allah...
 ramai yang berpeluk-pelukan dengan pasangan masing-masing tanpa sebarang pertalian halal....
kenapalah ramai yang berebut nak berpeluk-peluk, berpegang-pegang, berebut nak buat dosa daripada beREBUT nak cari pahala....
aku ni bukannya baik sangat pun sampai langsung tak buat dosa....
tapi aku bersyukur sebab aku diberi akal fikiran yang waras untuk aku fikir mana halal dan yang mana haram...
so tak mustahil kalau rakan-rakan sebaya aku tak boleh berfikir benda yang sama....
walaupun tahap kognitif kita tak sama, tapi sekurang-kurangnya hampir sama....
aku tak paksa korang semua ikut apa yang aku buat...
sedangkan islam sendiri tidak memaksa hamba-hambaNya inikan pulak aku yang entah siapa-siapa ni...
tapi tinggi harapan aku sekiranya rakan-rakan aku yang 'follow' blog aku ni... 
kita sama-sama ubah apa yang patut kita ubah...
REBUT apa yang patut kita REBUT....
kongsi apa yang patut kita kongsi....
untuk menjadi MUSLIM/MUSLIMAH sejati... amin
so tunggu apa lagi...
jom REBUT sebab masa dah semakin mencemburui kita...

sekali lagi aku ingin ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri...
maaf sekiranya ada yang terguris hati tambah-tambah selepas baca entry ini...
maaf sangat...






17 Aug 2012

ingat!!


kenapa?

kenapa orang lain boleh je nak bersuka-suka dengan kawan-kawan tapi aku tak boleh?

kenapa orang lain boleh je happy tiap-tiap hari tapi aku tak boleh?

kenapa orang lain langsung tak ada gundah dihati sedangkan aku gundah gulana?

kenapa orang lain boleh hidup bahagia tapi aku tak?

kenapa orang lain boleh berjaya dalam hidup tapi aku tak boleh?

kenapa orang lain boleh dapat kerja yang bagus-bagus tapi aku tak boleh?

kalaulah perkataan kenapa tu tak wujud... agaknya boleh tak aku capai apa yang orang lain ada....

semuanya bermula dengan perkataan 'kenapa'

dengan perkataan kenapa tu lah yang akan membuatkan kita sedar akan kekurangan kita...

dan cuba untuk membanding diri dengan pencapaian orang lain...
(saingan sihat)

KENAPA orang lain BOLEH, aku tak BOLEH??

senyum atas segala yang Allah berikan

kadang-kadang aku terfikir, kenapalah perjalanan hidup aku tak seindah perjalanan hidup orang lain....

~sebab tu la wujudnya pepatah 'bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian'

1 Aug 2012

semangat mana?

|| waktu zaman kecil-kecil dulu... ||
|| kalau time puasa je... ||
|| dalam hati dah seronok nak raya... ||
|| dalam kepala dah fikir pasal baju raya, kasut raya, duit raya.... ||
|| lagi 2 minggu nak raya dah sibuk bertanya, bila nak buat kuih raya.... ||

|| tapi.... sekarang..... ||
|| aku sendiri pun dah susah nak faham diri aku ni sendiri (kadang-kadang) ||
|| tahun 2012 ni bagi aku sangat pelik dan aku rasakan hidup aku tidak keruan ||
|| macam ada sesuatu yang tak cukup, atau terlebih cukup, atau ada benda yang..... ||
|| aku sendiri tak tahu nak cakap dan bagitahu apa, macam mana... ||

|| mula je 1 ramadhan hari tu ||
|| errmm... rasa semangat sangat ||
|| berkobar-kobar semangat nak pergi tunaikan solat terawih setiap malam ||
|| tapi bila dah masuk tengah Ramadhan... ||
PLUUPPPPP!!!!

|| semangat aku dah hilang entah kemana ||
|| hari-hari hati rasa sayu ||
|| tiap-tiap hari rasa nak menangis je ||
( sampaikan sanggup bukak cerita-cerita yang sedih semata-mata nak 'menangis')
|| aku sendiri pun tak faham ||

|| semangat nak raya langsung tak ada ||
|| semangat nak raya memang tak ada, langsung tak ada, hilang! ||

|| Ya Allah Ya Tuhanku... tidak ada apa yang aku inginkan...cuma SATU ||
|| sembuhkan ibu ku seperti sediakala... seperti dia yang dulu... ||
|| cuma itu yang ku pinta Ya Allah ||
|| cuma itu ||

 Amin Ya Rabbal Alamin...

# hari paling bersejarah... sebelum ini tak pernah update blog sambil menitis air mata....
( bukan minta simpati )

# kepada sesiapa yang membaca blog aku ni... aku mohon doakan kesembuhan ibu kesayanganku... Terima Kasih...




nyanyi jum!!