BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator
Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

24 Sept 2011

hobi aku.....

suka duduk diam-diam sambil memikirkan hal aku sendiri(but in the opposite view...dalam bahasa lain memikirkan dalam pandangan yang negatif)
agak-agak korang sihat tak hobi ni??
hahahaha

dan hasil dari pencarian dekat google...
ini yang aku dapat...

PEMIKIRAN NEGATIF PUNCA MASALAH...

Bila Anda benci pada orang lain dalam diam, secara automatik Anda akan menarik rasa benci orang tu pada diri Anda tanpa Anda sedari. Kemudian, dalam masa yang sama, Anda juga akan menarik situasi-situasi yang menjadikan Anda lebih benci kepada orang tu dan menjadikan Anda semakin benci pada apa jua benda, orang perseorangan, perkara dan pada sesiapa sahaja.

ayyyoooo...taknak la macam tu.....

10 Jenis Pemikiran Negatif Yang Mesti Dibuang Dari Minda Anda

















1. Berfikir hitam-putih
Berfikir secara hitam-putih itu mudah tapi
berbahaya, kerana berfikir secara
hitam-putih boleh membuat orang sombong
atau sebaliknya mudah menjadikannya putus
asa.
keadaan:
a) orang yang berfikir hitam-putih adalah
orang yang memilih untuk tidak melakukan
apa-apa bila dalam keadaan keliru
b) seseorang yang terus tidak mahu berkahwin
apabila tidak mampu mendapatkan pasangan
idaman hatinya.
c) orang yang menghukum satu kesalahan
secara maksimum.Ketika dia dibohongi sekali
oleh seseorang , maka dia tidak mempercayai
orang itu selama-lamanya.

2. Mengeneralisasi secara berlebihan
Berfikir secara general bermakna melihat
perkara kecil atau sebahagian dari sesuatu
dan menganggapnya sebagai keseluruhan.
Kata yang digunakan biasanya, “selalu” dan
“tidak pernah” 
keadaan:
 a) orang menjadi mudah menyalahkan,
menganggap remeh, tapi juga boleh
mengandaikan sesuatu secara berlebihan.
Sebagai contoh, ketika seorang suami pada
suatu hari mendapati isterinya terlambat
menyiapkan sarapan dibandingkan hari yang
lain, maka dia dengan mudah mengatakan
bahawa isterinya “selalu” lambat menyiapkan
sarapan, atau “tidak pernah” tepat waktu
menyiapkan sarapan.

3. Perkara negatif mengalahkan yang positif
Anda memilih suatu bahagian yang negatif dan
memikirkannya secara khusus dan mendalam,
sedangkan bahagian yang positif dilupakan.
keadaan:
a) ketika anda menerima banyak komen yang
positif tentang hasil pekerjaan anda dari
kawan-kawan di pejabat, maka anda merasa
bahagia sekali dan terlambung. Tetapi ketika
ada satu kritikan dari salah satu kawan yang
sampai ke telinga, anda lalu menjadi murung
dan memikirkannya berhari-hari dan anda
merasa menjadi tidak sempurna. Dan anda
melupakan perkara-perkara positif yang sudah
anda dengar.

4. Diskaun untuk perkara positif
Anda menolak pengalaman-pengalaman positif
dan tidak pernah memberikan reaksi. 
keadaan:
a) Biasanya orang yang berfikiran negatif seperti
ini tidak mudah memuji dan menganggap remeh
kebaikan orang lain.

5. Terlalu cepat mengambil kesimpulan
keadaan:
a) anda sedang menghadapi suatu ujian dan
merasa belum bersedia, maka anda berfikir
bahawa pasti gagal dan tidak akan lulus ujian
tersebut. Padahal anda belum mengetahui
soalan-soalan yang akan dijawabnya. 

6. Pemikiran hiperbola atau melebih-lebihkan.
Anda melebih-lebihkan pentingnya permasalahan
dan kelemahan anda, atau anda terlalu
memperkecilkan pentingnya kualiti yang dikehendaki. 

7. Penaakulan Secara Emosional
Anda berandaian bahawa emosi anda yang
negatif selalu mencerminkan
perkara yang benar-benar akan terjadi.
keadaan:
a) anda sedang menaiki kapal terbang dan anda
merasa hati anda tidak sedap, maka dalam hati
anda berkata, "Aku merasakan ketakutan di
dalam kapal terbang ini. Ini pasti menandakan
bahawa sangat berbahaya untuk terbang ketika ini.
b) "Aku merasa berdosa bermakna aku adalah
orang yang jahat" 
c) "Aku berasa marah, ini membuktikan
bahawa aku sedang diperlakukan dengan tidak adil."

8. Memaksakan suatu keadaan
Penggunaan kata “semestinya”, “perlu” dengan
harapan sesuatu menjadi seperti yang anda
harapkan, boleh mengakibatkan putus asa dan
kekecewaan.
keadaan:
a) anak anda yang sedang berlatih bermain alat
muzik dengan tekun. Tetapi ketika anda melihat
latihannya dia melakukan banyak kesilapan.
Anda berkata padanya,“Sepatutnya kamu
tidak melakukan banyak kesalahan
dengan masa latihan yang sudah berjalan
berbulan lamanya ini.” 

9. Label-label negatif yang menghukum
Label-label yang negatif berupa gelaran
atau jolokan buruk atas sesuatu perbuatan
adalah sebuah pemikiran negatif yang paling
ekstrim.
keadaan:
a) Ketika seseorang melakukan suatu
kesalahan misalnya dia menumpahkan
makanan dalam sebuah majlis, lalu
beberapa orang menyebutnya, “kalut”,
lalu label itu melekat padanya
selama-lamanya.

10. Menyalahkan secara personal atau bahagian
tertentu. Menyalahkan diri sendiri saja atau
menyalahkan orang lain saja, termasuk ke
dalam kategori ini. 
keadaan:
a) seorang ibu yang mendapat berita dari 
sekolah bahawa anaknya  mendapat markah 
rendah dalam sesuatu matapelajaran. Si ibu, 
tanpa melihat sebab-musababnya, langsung 
menyalahkan anaknya, atau dia  akan 
menyalahkan diri sendiri dan menganggap 
dirinya bukan orang tua yang baik, atau dia akan 
menyalahkan guru atau sistem di sekolah. 

Ingatlah pemikiran-pemikiran negatif yang dipelihara lama di dalam diri anda, akan semakin sukar untuk diseimbangkan atau digantikan dengan pemikiran positif ketika anda semakin menjadi tua.

0 comments:

nyanyi jum!!