yang ini bukan hanya utk korang baca je...
tapi utk penegetahuan umum utk semua lelaki....
hope korang yang lelaki-lelaki ni...
tolong la...be concern sikit dengan entry ni...
sebab korang ni kadang-kadang perangai macam sampah...
sorry la yak...ayat agak ganas...
1. MENINGGIKAN SUARA
Tau lah korang dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suara sekadar menunjukkan ego, tak payahla. Ini antara kelemahan lelaki kerana mereka
mudah meninggikan suara walaupun si gadis tidak bersalah.
ni memang pantang aku lah kan....
kurang ajar la tu...
sesuka hati lu je nak sound tepek orang...
lau aku senang je..
maki balik then tinggalkan je orang HARAM macam tu...
2. MAIN KAYU TIGA
Bab main kayu tiga ni masalah paling besar. even dah ada awek,
mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda, terus 'ngap' la.
tak peduli da perasaan awek dorang .
haah kan..
ingat muke dorang tu da habis handsome lah tu..
padahal pinjam je weyhh...
tua nanti kerepot jugakkk!!
3. SUKA ‘CUCI MATA’
Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa
perempuan cantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersama kekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadar mencuci
mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!
senang je...
kalau da selalu sangat BF korang buat macam ni...
lepas ni tiap kali DATE korang standby je garfu or sudu...
korek-korek biji mate die..
baru die tau langit tinggi ke rendahh!!
4. MENGONGKONG
Itu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasih dikawal,
sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar ke kedai
pun kena repot dulu, kalau tak mulalah pertengkaran kerana hal sekecil itu.
Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktiviti mereka
disoal siasat oleh kekasih mereka…
Macam mana tu?
haah...
tu namanya kurang ajar..
amboiiiii...kita je nak kena dengar cakap die...
die??HARAMM!!
5. EGO
Ini merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita.
Keegoan dan lelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya
lelaki menjadikan keegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak
tanpa mempedulikan perasaan si gadis. Keegoan membuatkan lelaki
mempunyai kuasa veto dalam kehidupan mereka termasuklah
memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego
tetapi biarlah kena pada tempatnya.
ape dorang ingat dorang je ade ego kot..
jum ramai-ramai pakat tunjukkan ego kita pulakk!!
6. MENIPU
Masalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan
alasan yang tak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan
alasan yang mereka mempunyai masalah yang tak dapat dielakkan
padahal sebenarnya mereka taknak melaksanakan janji mereka sendiri.
Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo. Berterus-teranglah
wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormati mereka
yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan
suka berdolak-dalih ini lama kelamaan akan
membuatkan
semua gadis akan menjauhi anda.
ok....
sangat-sangat aku benci orang macam ni..
harap maklum...
siapa-siapa yang nak berkenalan dgn aku yang ade perangai taikk macam ni...
plss...
stay away from me!!
7. PERASAN
Aduhaiii…
lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik,
berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem.
Boleh tu mengaku merekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita.
Tapi, mungkin pada pandangan seorang wanita mereka ini sederhana sahaja
tapi mereka ini yang suka perasan lebih. Bukan semua wanita memandang
pada paras rupa,
kalau dah terlebih-lebih perasan tuu…
Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…
tolonglah weyhhhh......
handsome celah mana pun...
lastnye kena makan ditanah jugakk!!
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI
Susah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni.
Lelaki selalunya tidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri
tanpa mempedulikan luahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan
kemahuan mereka dan jarang hendak mementingkan perasaan kekasih…
Egolah katakan!
Tidak semestinya pendapat kaum wanita ni tak boleh diguna pakai.
woiii..
boleh blahh la macam tu...
orang lain pun pandai nak cakap jugak la..
macam kau sorang ade mulutt bhaaii!!
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIAN
Lelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatian
tidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan
dengan dirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita,
alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian.
kenape ek?
Kaum wanita sebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam
tetapi cukuplah sekadar pasangannya mengambil tahu akan dirinya
kerana sifat semulajadi
seseorang wanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.
orang macam ni senang je nak ajar...
ignoredkan...
off handphone...
kalau die still tak mencari jugak...
bye3 mann!!
10. CEMBURU BUTA
Orang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal
dan memanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki
yang kuat cemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot.
Harus diingat, bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu.
Tapi, ada juga sesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana
seolah-olah teman lelakinya amat menghargai dirinya.
Jangan cemburu buta sudahlah,
malas jugak nak layan kadang-kadang!
cemburu tu ok...
tapi jangan sampai melampau-lampau..siap tuduh yang bukan-bukan lagi...
pada yang langsung tak cemburu ni pun 1 masalah...
susah lah nak cakap dgn orang yang tak ada perasaan ni..
kalau da tak ade perasaan yang korang pergi sebok nak ade GF pehal pulakk!!
11. MATA DUITAN
Jangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’.
Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan
yang adakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran.
Kalau kisah perempuan mata duitan kita sudah biasa dengar,
tapi kalau lelaki pula yang mata duitan…
apa cerita ni??
Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilang pulak?!!
aku pernah dengar 1 cerita ni...
ade ke patot...sehari sebelum nak dating dgn GF die...
die suruh GF die bank-in duit dekat die...
so bile time dating tu..
die boleh berlagak seolah-olah anak orang kaya....
blaahh la weyy..duit GF ko la tu...
12. KOMITED TERHADAP KERJAYA
Susah kalau dapat teman lelaki yang 'workaholic' ni .
Mereka ni selalu sangat bagi banyak alasan kerja bila ajak keluar.
Kalau keluar bersama, selalu cerita pasal kerja dan
merungut sering dibebani kerja yang menimbun. Bukan tak boleh
lelaki mementingkan kerjaya tapi pandai-pandailah bahagikan masa
bersama teman wanita. Paling koman pun, seminggu sekali luangkan masa
menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja.
Bukannya kaum wanita ni tidak memahami
kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…
baik pergi bercinta je dengan kerja korang tu...bawak je tilam bantal kat ofis...
senang cite...
13. PANAS BARAN
Adess…
masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis
apabila mendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit,
mahu dihambur segala kemarahannya. Ada juga kesilapan bermula
dari diri sendiri tetapi tetap menyalahkan orang lain.
Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupun sebal satu badan tapi,
bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepak terajang
carilah mereka yang sepadan dan
janganlah berlawan dengan kaum yang lemah bang!
Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada?
Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya,
cuma kena pandai-pandai mengawallah.
Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalah cik abang oiii!!
14. KAKI MEROKOK
Ini satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita.
Asyik berasap sana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya.
Dalam sehari adakalanya habis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan
makan benda berfaedah tak apa juga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tu membawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga,
ini tidak… membawa kesan juga pada orang sebelah menyebelah.
Kadang-kadang teman wanita menegur bukannya apa,
dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit.
Lagipun mereka juga tak nak teman lelaki mereka
membazirkan duit dengan merokok.
busuk la weyyhhh....
korang tak perasan ke yang bau korang tu busuk....
shitt!!
15. PENGOTOR
Ada segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor.
Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata.
euwwww!!!
Ada juga yang jarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali,
tak pakai deodorant dan macam-macam lagi sampaikan badan dah
naik bau semacam pun dia tak sedar. Tak ke segan bile sedar badan dah berbau??
Entahlah…
hanya kaum adam yang pengotor je yang dapat jawab
eewww......no kumennn..
tolong lah korang!!
16. GELOJOH
Kalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh.
Macam ‘food machine’.
Mereka lemas melihat teman wanita mereka makan terlalu sopan
tetapi mereka tidak sedar cara mereka makan yang gelojoh
juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samada lelaki mahupun
wanita patutlah makan dengan bersopan.
Buat apa terkejar-kejar?
dorang da lama hidup kot...
tu yang nak mati cepat tu..
ishh3..
silap-silap makan pun tak baca doa..
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWAN
Sanggup kensel deting semata-mata nak main bola ataupun menonton WWF
dengan member. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawan
dalam banyak hal. Sekali-sekala bolehlah, jangan lak selalu
memberi alasan sampaikan masa bersama teman wanita tiada langsung
semata-mata untuk menghabiskan masa bersama kawan-kawan.
Apa guna bercinta kalau macam tu gayanya?
Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu
dengan alasan tidak sesuai bercerita dengan si dia.
Kalau dah memilih si dia sebagai kekasih,
mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda,
jadi takkanlah anda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia.
Tak eloklah berbuat demikian, nanti si dia terasa
seolah-olah dirinya
tidak penting buat anda pula.
memang lah nak kena orang yang perangai macam tu...
apa kata...
korang couple je dgn kawan korang tu..
da korang syok sanagt nak cerita macam-macam dgn die kan...
18. TIDAK TAHU MEGHARGAI
Sukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatan kekasihnya.
Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupun menyedarinya.
Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan
menunjukkan sikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit
atau sekadar kiasan tu, alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya.
Apa salahnya sekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya
di atas apa yang cuba dilakukannya terhadap anda seperti
memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknya ucapkanlah terima kasih
setiap kali dia
cuba berbuat sesuatu untuk anda.
nan haddooo je la....
lelaki ni ego je kuat....
nak sangat tegakkan ego dorang tu..
ok finneee!!!
19. PUTAR BELIT
Lelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun
ternyata sememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka,
putar belit ini tak mengapa asalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan
mereka akan terlepas dari kesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar
menyintai pasangan anda, perkara begini seharusnya tidak berlaku
kerana apa akibatnya sekiranya si dia mengetahui juga tipu helah
anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandai menyelamatkan keadaan,
melepaslah anda!
Jujurlah pada pasangan anda.
bagitahu je la jawapan sebenarnya bila GF korang tanya...
kenapa nak berdalih-dalih...
nak tukar-tukar tajuk bagai..
bila tanya..itu la..ini la...banyak je alasan...
kadang-kadang nak tanya pasal ex Gf korang pun..
ape salahnya korang bagitahu je sejujur-jujurnya..
perempuan ni tanya sebab nak buat as pengetahuan..
supaya dorang tak buat perkara-perkara buruk yang ex GF korang pernah buat dekat korang!!
20. SUKA KONTROL MACHO
Peh!
Nak dikatakan macho, ada juga yang tak.
hancur je yang lebih kot!
Terutama bab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnya mereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO.
Tak perlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang
layak membuat penilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri
anda macho, tetapi pada mata wanita tersebut anda
tidaklah semacho yang
disangkakan,
tak guna juga.
cehhh...buang masa je korang tercover-cover macho tu...
just be your own self la beb!!!
p/s:kredit to farhana aziman...
sebab aku copy this from ur blog.heheh