BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator
Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

2 May 2011

ciri-ciri perempuan yang baik (macam aku ni la lebih kurang..hahaha)

perhatian...entry ni panjang..kalau malas jangan bace...ok!!
(khas untuk pembacaan lelaki..perempuan pun boleh kalau nak bace...ikot suke la..)
 
1. Lemah-lembut. Cuba perhatikan cara perempuan berbicara kepada teman-temannya. Apakah dia selalu suka bernada keras, teriak-teriak, atau sopan dan selalu lembut dalam berkata-kata? Ciri-ciri inilah yang mencerminkan di mana cara perempuan akan berbicara kepada kamu dan keluargamu nanti. 

2. Sederhana. Secara logiknya mana ada lelaki yang sukakan perempuan yang materialistik. Nanti kalau kamu sudah berkeluarga dengan perempuan tersebut, dia akan menghabiskan wang untuk belanja baju-baju yang tidak perlu. Cuba perhatikan dari cara dia menghabiskan wang sekarang. Apakah dia termasuk orang yang hemat, pelik, atau huru-hara? 

3. Prihatin. Pernahkah kamu berfikir sebegini...'tak kan dia boleh ingat dengan ulang tahun orang tuaku?'  Itu adalah petanda bagus. Dia benar-benar prihatin akan hal-hal kecil seperti itu. Padahal, kamu belum berkahwin. 

4. Sehabis kamu pulang dari kerja, makanan sudah tersedia. Saat kamu sedang sakit, dia memasakan bubur untuk kamu. Hal-hal kecil seperti itulah yang akan membantu dan mengukuhkan hubungan kamu. Bukankah lelaki juga memang suka diberi perhatian lebih dari perempuan? 

5. Penyabar. Anda terlewat untuk date dengan si dia tapi si dia tidak marah sama sekali saat kamu datang walaupun dia sudah menunggu 25 minit lamanya. Kenapa sabar itu ciri-ciri yang baik? Cuba fikirkan kalau anda sedang dalam situasi apa saja yang berbau negatif; kesabaran itu akan membantu suasana itu tidak menjadi lebih buruk. Cuba bayangkan kamu sedang dating dengan seorang yang tidak sabar. Sedikit-sedikit dia marah kerana kamu tidak tepat waktu, berbuat sedikit kesalahan.

6.  Sederhana. Perhatikan apakah si dia yang kamu suka berlebihan di depan teman-temannya. Apakah dia suka mempamerkan beg baru yang baru dia beli hari itu juga? Orang yang suka pamer dan  menunjuk-nunjuk ini sifatnya yang tidak disukai oleh lelaki. 

7. Pandai menjaga kecantikan dan penampilan. Jaga kecantikan tidak semestinya bermaksud  harus tampil cantik, tapi menjaga kecantikan itu juga bererti seseorang perempuan itu tahu bagaimana caranya menjaga dan merawat dirinya sendiri. Jika anda sedang berdating dengan dia, perhatikanlah make-up yang dia pakai. Apakah terlalu berlebihan sehingga menarik perhatian orang-orang lain di sekitar anda? Apakah dia memakai skirt mini yang berlebihan seksinya? Jaga kecantikan itu bererti menjaga penampilan secukupnya dan sewajarnya di saat dan tempat yang benar. 

8. Dewasa dan bijaksana. Lelaki suka dengan perempuan yang bijaksana dan bersikap dewasa. Di saat kesusahan, lelaki akan memerlukan bantuan dari seorang perempuan yang matang pemikirannya dan bijaksana dalam mengambil keputusan.

9. Taat beragama. Agama adalah salah satu pegangan hidup untuk kita manusia. Taat kepada agama juga menunjukkan kalau si perempuan akan taat terhadap kamu. Bukan bererti kamu boleh sewenang-wenangnya menyuruh si dia untuk menuruti apapun yang kamu mahu, tapi taat beragama menunjukkan bahawa si dia juga mempunyai prinsip hidup yang baik.

10. Keibuan. Perempuan yang senang bermain dengan anak-anak kecil, boleh menggendong bayi, menunggu mereka tidur, dan sebagainya. Inilah tanda-tanda dari perempuan yang boleh kamu bayangkan saat mereka menjadi isteri kamu. Dia akan menjadi seorang ibu yang pandai di dalam rumah tangga. 

p/s:hari ini mood aku ala-ala kewanitaan sikit...tu yang kuar entry sedemikian rupe ok... 

0 comments:

nyanyi jum!!