BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator
Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

8 Jun 2011

opsss!!!renung-renungkan...

Gadis Melayu kini ramai yang bertudung berbanding dengan dulu. Satu perkembangan yang bagus demi menjaga siasah rupa diri supaya lebih mencerminkan peribadi seorang Islam. Dulu ke sekolah pun kita memakai uniform yang “diwarisi” dari penjajah British. Maka yang lelaki berseluar pendek dan yang perempuan pula dengan gaun pendek. Mulai 1990-an uniform sekolah telah bertukar kepada seluar panjang bagi lelaki dan baju kurung dan bertudung untuk perempuan. Kemas dan sopan.
Tetapi pakaian bertudung mula bertukar menjadi fesyen selari dengan peredaran masa dan dunia yang semakin moden. Yang sedihnya ramai gadis Melayu “dijajah” semula oleh Barat dengan fesyen bertudung tetapi moden ini. Aku selalu perhatikan pemandangan yang tidak begitu indah ini sehingga aku bertanya pada diri sendiri, “kenapa ?”
1) Baju dan kain / seluarnya ketat, sendat dan terlalu seksa seksi
Baju kurung dan kebaya yang dipakai sangat jarang dan ketat sehingga menampakkan bentuk badan. Begitu juga seluar, blouse dan T-shirt. Ramai yang dengan bangganya mendedahkan lurah dendam depan dan belakang. Bagi gadis remaja biasanya memakai jeans low cut sehingga menampakkan lurah semasa berjalan atau lebih tak sanggup untuk dilihat apabila membonceng motorsikal.  Ditambah pula dengan kulit yang tak berapa licin dan berparut!
Bertudung seksi
Bertudung tapi seksi
ok...setakat ni....aku ok lagi kot...kalau seluar aku agak ketat pun...sebab aku pakai seluar lama...zaman kurus-kurus...dulu....hahahaha....tapi aku tak penah la nak pakai jeans low cut...baju pun...aku pakai kemeja...mmg loose kemeja...so...ok lagi kot...hehehe
2) Tudung yang tidak dipakai dengan anak tudung sehingga nampak bayang rambut
Ini satu lagi fesyen yang aku tak faham. Bertudung tetapi rambut terkeluar di sana sini, bayang rambut yang diikat tocang jelas kelihatan. Ada juga yang ekor rambutnya terkeluar di bahagian belakang tudung.


ok...ni aku tak buat ok...sumpah...aku baca pun pelik je bunyi...nak pakai tudung ke tak??aisshhh...baik tanggal je terus...kalau nak tayang sangat rambut 2...(rasa-rasa kalau perempuan yang rambut macam afro or botak...dorang free hair ke tak???)
3) Pertuturan yang lancang, ketawa mengilai
Adalah sesuatu yang memalukan apabila melihat gadis Melayu bertudung yang tidak menjaga tutur bicara. Jenaka lucah dan perkataan kesat jadi mainan dibibir, ketawanya mengilai bak pontianak.
yang tidak menjaga tutur bicara tu bukan aku kot...setakat ni tak ada lah makcik-makcik,pakcik-pakcik,atok-atok,opah-opah yang tegur bahasa aku or cakap ayat aku kuang ajar...jenaka lucah tu...mmg tak ada...perkataan kesat jadi mainan bibir pun tak ok...aku hanya guna time aku sangat-sangat-sangat bengang...tapi aku tak sebut pun benda tu depan orang...aku cakap sorang-sorang(aku tau tetap jugak dose...aku pun manusia biasa...tak terlepas dari buat kesilapan)...opsssss....ketawa mengilai bak pontianak tu memang aku buat...aku tak boleh nak control la...kalau da lawak tu lawak la...lau aku cover-cover alamat nya sesak nafas la aku...(kawan aku penah tegur....gelak je la wa...merah muka ko tahan gelak)..hahahahah...opsss..ok
4) Bertepuk bertampar dengan lelaki
Persahabatan antara lelaki dan perempuan tidak dilarang agama tetapi mestilah mengikut batas yang telah ditetapkan. Kalau sudah bertepuk bertampar dan bergurau senda seperti kawan sejenis, apa yang hendak dikata?
bertepuk tampar,bergurau senda,tergedik-gedik tu memang bukan kerja aku ok...tapi aku ngaku penah la jugak tersentuh sikit-sikit...contohnya tangan aku yang tergatal nak cubit or tampar orang laki,terkena,orang tibe-tibe pegang tangan aku and tak lepas jugak aku penah pegang tangan ex bf aku...sekarang aku da taubat..lau nak pegang sangat pun...aku pakai jari telunjuk je...tu pun berlapik atas baju laki tu...ok...sumpah aku cakap...tarak tipu punya...
5) Bercumbu dan memadu kasih dikhalayak ramai
Ini antara sifat yang paling memalukan dan menjatuhkan maruah kita sebagai seorang Islam. Memang dalam perkara ini kaum lelaki juga bersalah kerana menjadi pasangan dalam aksi berahi bermadu kasih tanpa segan silu. Jika dibuat carian “gadis bertudung” di Internet, hasilnya sudah pasti aksi-aksi kurang sopan dan seks yang dirakam secara rela atau tersembunyi.
sumpah aku tak pernah buat kerja ni...moga-moga jauhkanlah perkara macam ni dari aku jauh-jauh...tak nak!!!!!!!!nyah kau!!
p/s:tak nak tergolong dalam kategori ini...
muhasabah diri...

0 comments:

nyanyi jum!!