BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator
Scrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text GeneratorScrolling Glitter Text Generator

12 Dec 2011

6 cara membuatkan wanita berasa istimewa!!! (untuk dia...baca...jangan kerja nak stalk blog orang je)

tajuk entri aku yang paling panjang aku rasa..hahaha



Tiada apa yang mampu untuk menarik perhatian seorang wanita selain daripada lelaki yang membuatkan mereka berasa istimewa. Pasti setiap lelaki mempunyai cara yang tersendiri untuk melakukan perkara ini. Tetapi ada juga beberapa teknik yang berfungsi terhadap kebanyakan wanita untuk membuatkan mereka berasa istimewa. Antaranya adalah……..

(1) Beritahu bahawa kehadiran mereka amat bermakna terhadap kehidupan anda 
Apabila anda memberitahu mengenai perkara ini, ia secara tidak langsung akan membuatkan mereka berasa seperti diperlukan dan istimewa. Beritahu perubahan yang telah berlaku didalam kehidupan anda selepas kehadiran mereka ataupun sebagainya.

(2) Bezakan layanan terhadap mereka dan juga rakan
Perkara ini adalah kesalahan yang sering dilakukan oleh pasangan. Mereka merasakan bahawa apabila melayan pasangan sebagai rakan, hubungan mereka akan lebih rapat. Ia sebenarnya tidak tepat sama sekali. Anda perlu bezakan layanan terhadap mereka dan juga rakan. Ini kerana pasangan anda akan lebih sensitif terhadap setiap perkara yang anda lakukan. Perbezaan yang anda tunjukkan inilah yang akan membuatkan mereka berasa istimewa.

(3) Memberikan mereka perlindungan
Wanita akan lebih tertarik terhadap lelaki yang mampu untuk membuatkan mereka berasa selesa dan dilindungi. Pasti perlindungan yang anda berikan akan membuatkan mereka berasa lebih istimewa.

(4) Hormati pendapat mereka
Buatkan mereka merasakan bahawa anda menghargai kewujudan mereka didalam kehidupan anda. Hormati pendapat mereka, dan ia akan membuatkan mereka akan berasa lebih istimewa.

(5) Meminta maaf
Sememangnya seorang lelaki akan lebih sukar untuk meminta maaf. Ia mungkin disebabkan oleh keegoan mereka. Sekiranya anda telah melakukan kesalahan, jangan terlalu sukar untuk meminta maaf. Ketepikan ego anda dan pasti ia akan membuatkan mereka berasa istimewa.

(6) Penghargaan 
Tunjukkan penghargaan anda terhadap apa yang telah mereka cuba usahakan didalam hubungan. Penghargaan yang ditunjukkan akan membuatkan mereka rasa dihargai dan juga istimewa.


0 comments:

nyanyi jum!!