actually aku bukan berCINTA bagai pun...
saja nak kongsikan kepada korang yang mungkin merasakan diri mereka sedang jatuh cinta kepada seseorang...
tip untuk mengubati perasan mabuk cinta tu...
Ikhlas Kepada Allah
Apabila kita mabuk cinta, satu perkara
yang perlu kita ingat ialah cinta itu sebenarnya untuk siapa? Benarkah
cinta itu membuatkan diri kita semakin dekat dengan Allah? Benarkah
cinta itu tulus kerana Allah? Jika tidak jauhkanlah diri dari cinta yang
boleh merosakkan hati.
Berdo’a.
Bukan semua orang mampu menghalang rasa
cinta yang kuat dalam hati. Adakala meskipun dihindari, cinta itu
semakin datang dan menusuk dalam ke dasar hati. Berdoalah dengan penuh
kesungguhan. Hakikatnya Allah jualah yang menanamkan rasa cinta dalam
hati kita dan Allah jugalah yang akan menghilangkannya.
Menahan Pandangan.
Elakkan diri dari memandangnya. Usah juga berfikir-fikir tentang dirinya. Hati terjaga, syahwat terpelihara.
Menjauh Dari Orang Yang Dicintai.
Jauhkan diri. Elakkan bertemu dengan
dirinya. Menyelamatkan diri dari kerosakkan hati dan maksiat lebih baik
dari terus berkawan dengan orang yang bukan mahram kita.
Banyak Berfikir & Berzikir.
Perbanyakkan berfikir tentang dosa dan maksiat yang mungkin berlaku
andai kita bersamanya. Sebaiknya berzikir dan sucikanlah hati dengan
kalamullah.
Menyibukkan Diri Dengan Hal-hal Yang Bermanfaat.
Sebab mabuk cinta adalah karana
kesibukan hati yang kosong. Hatinya akan dipenuhi bayang-bayang
kekasihnya. Tetapi ketika ia sibuk dengan hal-hal lain maka cintanya
akan pudar, rindunya akan hilang dan akhirnya ia dapat melupakannya.
Menikah, Sebab Pernikahan Itu Mencukupi Segalanya.
Penuh berkah dan menjadi solusi. Jika
orang yang dicintainya adalah wanita yang mungkin dinikahinya maka
hendaklah ia menikahinya. Jika sukar menikahinya hendaklah memohon
kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk memudahkannya. Jika tidak dapat
menikahinya karana sebab-sebab tertentu, maka hendaklah ia bersabar dan
memohon kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala agar diberi jalan keluar.
Melawat Orang Sakit.
Mengiringi jenazah, menziarahi kubur, melihat orang mati, berpikir tentang kematian dan kehidupan setelahnya.
Senantiasa Menghadiri Majlis Ilmu.
Duduk bersama orang-orang zuhud dan mendengar kisah-kisah orang soleh.
Kuatkan Semangat, Jaga Solat.
Dengan
cara membuang rasa putus asa disertai dengan keinginan keras untuk
dapat menundukkan hawa nafsu. Selalu konsisten menjaga solat dengan
sempurna. Menjaga kewajiban-kewajiban solat, samada kekhusyukan dan
kesempurnaannya secara zahir dan batin.
Menjaga Karisma Diri.
Agar tidak jatuh kepada kedudukan yang
hina dina, tidak jatuh dalam perbuatan yang tercela dan segala bentuk
yang dapat menghalang kemuliaan. Orang-orang yang memiliki harga diri
tidak akan mudah terpengaruh dengan nafsu. Belajarlah dari kisah yang
telah menimpa ramai orang. Di luar sana ramai manusia yang pandai, mulia
dan disegani akhirnya dihina kerana kalah dengan nafsu sendiri.
Menjaga Kemuliaan Diri, Kesucian & Menjaga Kehormatannya.
Hal ini akan membuat seseorang jauh dari perkara yang akan meruntuhkan harga dirinya ataupun yang akan menjatuhkan martabatnya.
Membayangkan cela yang terdapat pada diri orang yang dicintainya.
Ibnul Jauzi rahimahullah berkata:
“Sesungguhnya manusia penuh dengan najis dan kotoran. Dan orang yang
dimabuk dengan cinta melihat kekasihnya dalam keadaan sempurna. Karana
cinta, ia tidak dapat melihat aib kekasihnya. Sebab hakikat segala
sesuatu dapat disingkap dengan timbangan yang adil. Sementara yang
menjadi penguasa atas dirinya adalah hawa nafsu yang zalim. Ia akan
menutupi seluruh cela hingga akhirnya orang yang dilanda cinta melihat
kekasihnya yang jelek menjadi jelita.”
Fikir Bahawa Diri Akan Ditinggalkannya.
Samada ditinggal kerana mati atau ditinggal pergi tanpa keinginannya atau ditinggal karana sudah bosan.
Memikirkan Akibat Perbuatannya.
Orang yang berakal adalah orang yang dapat menimbang apakah cintanya itu akan melahirkan kenikmatan ataupun kesengsaraan.
Meyakini Keutamaan Ujian Hidup.
Hendaknya orang yang ditimpa ujian
seperti ini mengetahui bahawa ujian hidup merupakan sebab munculnya
nilai keutamaan seseorang. Jika dia bersabar maka akan tampaklah
keutamaannya, sempurnalah kemuliaannya dan darjatnya akan meningkat ke
tahap yang lebih tinggi.
Berfikir Kerugiannya.
Memikirkan betapa banyak hal-hal yang
bermanfaat menjadi luput disebabkan kesibukkan diri dengan cinta seperti
ini. Orang-orang yang mulia lebih mengutamakan santapan akalnya dan
amalannya.
Mengambil Pengajaran Dari Kisah Orang Yang Mabuk Cinta.
Bagaimana derita yang mereka tanggung.
Bagaimana hidup mereka yang dikucilkan oleh masyarakat. Betapa hancur
segala urusan dunia dan akhirat mereka. Bandingkanlah orang-orang yang
menghabiskan hidup untuk cinta buta dengan orang-orang yang memiliki
cita-cita yang tinggi dan luhur dan keinginan yang kuat.
0 comments:
Post a Comment